Lihat keindahan alam
bukan kerana ianya wujud dihadapan mata,
tetapi kerana ketakjuban keindahan penciptaannya.
Ketika mereka sibuk membicarakan mengenai cinta,
Biarlah aku sibuk mengingati-Nya.
Ketika mereka saling membicarakan mengenai kasih sayang,
Biarlah aku dalam kesenyapan sendirian bersama rinduku pada-Nya.
Ketika mereka mengejar cinta manusia,
Biarlah aku tidak berganjak sedikitpun dari doaku pada-Nya,
Semoga Dia yang akan memberikan aku bahagia pada jalan-NYa...
No comments:
Post a Comment