Popular Posts

Sunday, December 4, 2011

JANGAN TERLALU MENGHARAP...



Apabila anda mempunyai ramai rakan-rakan,
jangan terlalu mengharap pada mereka 
untuk mengisi kekosongan anda.

Apabila anda berkahwin,
jangan terlalu mengharap pada pasangan anda 
untuk memenuhi setiap keperluan anda.

Apabila anda seorang aktivis,
jangan terlalu meletakkan harapan anda pada keputusannya.

Apabila anda berada dalam kesusahan
 jangan terlalu bergantung kepada diri sendiri.
Jangan pula terlalu bergantung kepada orang lain.
Gantungkan pengharapan kepada Allah ♥!

(Credit to: He Who Has No One HAS Allah)


Walaupun siapa diri anda, 
dan dimana sahaja anda berada,
sebarkan ILMU dan KEBAIKAN 
tanpa mengharapkan balasan,
kerana dengan berserah diri kepada ALLAH,
akan membuka hijab dan pintu-pintu ILMU yang tertutup 
dan segala rahsiaNya yang tersembunyi.
Wallahu a'lam


SAHABAT YANG SOLEH

Sahabat Yang Soleh
Laksana Penjual Kasturi
Sedikit Kesannya
Keharuman Melata

Sahabat Yang Soleh
Kebaikannya Jadi Tumpuan
Keimanannya Terus Digilapkan
Ketaqwaannya Dapat Ditingkatkan
Mengalahkan Syaitan Yang Siang 
Malam Berjuang Untuk Kerosakan

Tetapi,
Sahabat Yang Soleh
Rupa Paras Bukan Jadi Bandingan
Darjat & Pangkat Bukan Soal Pilihan
Yang Mulia Di Hati Budi
Asasnya Iman,Neracanya Taqwa

Sahabat Yang Soleh
Ialah Yang Menegur Kesilapanmu 
Agar Ia Tidak Berulang
Melarangmu Dari Melakukan Kemungkaran
Yang Mengingatkanmu Dari Kealpaan
Tidak Setakat Menganggukan Kepala
Mengiyakan Apa Yang Kau Kata

Sahabat Yang Soleh 
Ialah Disisimu Pada Setiap Keadaan
Yang Meraikanmu Pada Saat Kegembiraan
Yang Mendampingimu Pada Saat Kesedihan
Yang Sanggup Berkongsi Kepentingan
Merealisasikan Sebuah Pengorbanan

Sahabat Yang Soleh
Malunya Mengatasi Perawan
Beraninya Mengatasi Pahlawan
Cintanya Bukan Pada Gambaran
Rindunya Bukan Pada Pertemuan
Tetapi,Hatinya Sarat Dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan Puncak Keredhaannya Jadi Tumpuan



No comments:

Post a Comment