Selalu masa ambil wudhu apa yg kamu fikirkan?
Berdoalahh seperti dibawah..
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari
di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari
sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid,
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan: Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa
setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi
dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi
dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
( Sumber : Ekin NRoses )
” Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu',
lalu dia membasuh mukanya maka keluarlah dari mukanya
segala dosa kerana penglihatan matanya
bersama dengan air atau bersama titis air yang terakhir.
Apabila dia membasuh kedua tangannya
maka keluarlah dari kedua tangannya
maka keluarlah dari kedua tangannya
segala dosa kerana perbuatan kedua tangannya
bersama dengan air atau bersama titis air yang terakhir.
Apabila dia membasuh kedua kakinya maka keluarlah dari kedua kakinya
segala dosa yang ditempuh oleh kedua kakinya
bersama dengan air atau bersama titis air yang terakhir
sehingga ia keluar dalam keadaan bersih dari segala dosa .
Muslim meriwayatkan dari Utsman radiallahuanhu,
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Barangsiapa berwudhu' secara sempurna,
“Barangsiapa berwudhu' secara sempurna,
maka dosa-dosanya akan gugur dari jasadnya
hingga keluar juga dari bawah kukunya”
Di dalam hadis yang lain nabi SAW bersabda
bahawa orang yang berwudhu'
akan mendapatkan wajah yang bercahaya di akhirat kelak,
sehingga Rasulullah SAW akan mengenali mereka sebagai umatnya.
sehingga Rasulullah SAW akan mengenali mereka sebagai umatnya.
Dari Abi Hurairah RA, ia berkata bahawa
ia mendengar Rasulallah bersabda :
ia mendengar Rasulallah bersabda :
“Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat
dalam keadaan (muka dan kedua tangannya)
kemilau bercahaya kerana kesan wudhu'.
Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya,
hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhu'nya)”
kemilau bercahaya kerana kesan wudhu'.
Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya,
hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhu'nya)”
Bacaan Selepas Dari Wuduk
1. Diriwayatkan oleh Umar Ibn Al Khatab, iaitu barangsiapa mengucap akan doa selepas wuduk nescaya membuka Allah baginya 8 Pintu Syurga.
Masuklah ia darimana pintu yang disukainya. Inilah doanya:
2. Pengertiannya:
Aku naik saksi, yakni berikrarlah aku dengan lidahku dan beriktiqad
dan mengaku aku dengan hatiku bahawasanya tiada Tuhan
yang mustahak disembah melainkan Allah semata-mata
yang tiada sekutuNya dan setarafNya.
Dan aku ikrarkan dengan lidahku dan beriktiqad
dan aku benarkan dan aku percayakan dihatiku
bahawasanya Nabi Muhammad itu hambaNya dan PesuruhNya
3. Pengertiannya:
Ya Tuhanku jadikanlah olehMu akan daku
daripada orang yang taubat apabila jatuhku di dalam mengerjakan dosa
dan ilhamkan taubat kepadaMu.
dan jadikan olehMu akan daku daripada orang yang suci
yakni lepas daripada dosa dan kesalahan yang terlanjur
dan lepas daripada berlumur dengan kesalahan yang lagi akan datang
atau
Dan jadikan olehMu akan daku suci dan bersih
daripada segala perangai yang dikeji syarak.
Dan jadilah olehMu akan daku
daripada orang yang soleh dan berakhlak mulia
4. Pengertiannya:
Mahasuci Engkau Ya Allah dan segala pujian itu tertentu bagiMu
Dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan engkau(Allah) dan aku memohon keampunanMu
dan bertaubat kepadaMu
5. Pengertiannya:
Dan rahmatilah keatas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW
dan keatas sekelian keluarganya dan sahabat-sahabatnya
dan kurniakanlah kesejahteraan keatasnya
5. Doa lengkap selepas wuduk:
No comments:
Post a Comment