Popular Posts

Thursday, December 15, 2011

KHAS UNTUKNYA...



Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang...

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. 
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
 Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, 
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, 
tunaikanlah hajatnya baik hajat 
dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati
 izinkanlah dia menyentuh hati seseorang 
yang hatinya tertaut pada-Mu 
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling 
daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, 
rindukanlah dia pada seseorang 
yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh 
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. 
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas 
sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, 
kecemerlangan dan hidayah dari-Mu 
dalam menempuh cabaran 
serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... 
Insya-Allah

Besederhanalah dalam persahabatan...
InsyaAllah kita tidak akan melihat
 kelemahan itu sebagai satu kelemahan...


~Sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kamu, 
adalah sahabat yg baik. 
Dan sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu, 
adalah sahabat yang paling baik ~



Kadangkala tak perlu buat apa-apa, 
untuk mendapat pahala... 
cuma DIAM...
 Kadangkala tak perlu berbelanja apa-apa, 
untuk mengukuhkan tali persaudaraan... 
cuma SENYUM... 
Dan kadangkala tak perlu apa-apa, 
untuk meraih cinta... 
cuma DOA...
Diam, senyum dan doa adalah 
kerja mudah yang payah 
tanpa hati yang ingat ALLAH...

SAHABAT,
Jangan biarkan ukhuwwah antara kita 
terlerai begitu sahaja,
Ikat dan simpulkan kuat-kuat 
supaya ianya boleh bertahan selamanya,
Amal,iman dan taqwa pedoman kita,
Untuk menuju syurga ILAHI.

SAHABAT,
Akrabnya ukhuwwah kita kerana ALLAH,
Ukhuwwah kita dipenuhi dengan kebahagiaan,
Kebahagiaan dunia dan akhirat,
Itulah yang kita semua dambakan.

SAHABAT,
Hanya takdir yang dapat memisahkan
 jalinan ikatan ukhuwwah kita,
Kalau itu yang terjadi,
maka pasrahlah kita dengan ketentuanNYA,
Siapalah kita disisiNYA,
Hanya seorang hamba yang kerdil lagi hina.

No comments:

Post a Comment