Popular Posts

Monday, December 5, 2011

BERSAHABAT...



Kalau sahabat itu diibaratkan sebagai sepohon pokok,
Janganlah ditebang apabila daunnya berguguran kerana pokok bermusim,
Janganlah diharapkan buahnya jika jenisnya yang tidak berbuah,
Janganlah berteduh jika buah atau pelepahnya bisa jatuh mengenaimu,
Janganlah berteduh bila petir sedang sabung menyabung,
Janganlah dibaling untuk mendapatkan buahnya,
Terimalah ia seadanya...


Dalam mencari teman/kawan/sahabat:
Jangan berkawan dgn orang yang tamak 
kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu 
tapi hakikatnya dia akan mencelakan...
Jauhilah berteman dengan pembohong 
kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat 
lari daripadamu dan sebaliknya...

Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil
 kerana ia akan melupaimu 
di waktu kamu sangat memerlukannya...

 dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat
 kerana ia tidak malu untuk menjualmu 
dengan harga yang sangat murah... 
 (Saidina Ali bin Abi Thalib)

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, 
Serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.
~ (QS. Al Qur’an, 7:199)~


No comments:

Post a Comment