Popular Posts

Saturday, December 17, 2011

PERSIAPAN KEMATIAN...



Cerdasnya orang yang beriman,

dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat dan sekejap

untuk hidup yang panjang. 

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.

Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati,

Jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.

Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.

Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup,

tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,

maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Persiapkan kematian dengan selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama, 

Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua,

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. 
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, 
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu 
dengan penuh pemahaman. 

Ketiga,

Jangan tinggalkan masjid untuk solat berjama’ah, 
terutama di waktu shubuh. 
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid,
 kerana masjid merupakan pusat keberkahan,
 bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah
 yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat,

Jaga solat Dhuha 
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima

Jaga sedekah setiap hari. 
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, 
dan malaikat Allah selalu mendoakan 
kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam

Jaga wudhu' terus menerus kerana 
Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. 
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, 
“Orang yang selalu berwudhu' 
senantiasa ia akan merasa selalu solat 
walau ia sedang tidak solat,
 dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,
 ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh

Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi 
kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

(Pesan indah dari KH. Arifin Ilham)




"Jika di dunia ini tiada lagi orang baik 
sebagaimana yang kita mahu, 
maka kita sendirilah berusaha untuk menjadi baik. 
Usah bertanya kepada dunia di mana manusia yang baik hati,
 tetapi tanyalah diri sendiri, adakah aku cukup baik
 untuk menghuni dunia ini."



No comments:

Post a Comment