Popular Posts

Thursday, June 28, 2012

28 JUN 2012 - MESYUARAT AUDIT AKADEMIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 2






Saya masih mencari kekuatan untuk 'meluahkan' di entry ini... 
Saya mesti juga meluahkan...
Sepanjang hayat saya menghadiri mesyuarat guru, tidak pernah saya rasa seperti hari ini,,, 
Mujurlah Allah melindungi saya dari melakukan perkara-perkara di luar jangkaan tadi... 
Allah, ampunilah saya atas perasaan ini....




Atas dasar sahabat , saya mengambil kelas Ustaz untuk digabungkan dengan kelas saya kerana Ustaz terlibat dengan Bengkel Kem Kemanisan Iman anjuran PPD... Kepakaran Ustaz diperlukan dalam masa yang suntuk untuk menyiapkan modul Kem selama 3 hari,,,  Inilah lakunya pelajar ini, bukan tidak dicakap dengan lembut tapi makin dicakap makin kita rasa tercabar... Makanya , dari saya menghabiskan masa untuk "memujuk dan memanjakan" yang seorang lebih baik saya menumpukan lagi 33 orang... Entahlah... Sampai tahap.. muaknya saya dengan sikap sombong mereka ini... namun pada pihak sekolah maupun PPD semestinya yang salah adalah saya yang tak reti "menekel"... p/s : Sila datang mengajar kelas ini...

Pesan pada diri, jangan gentar hadapi ujian hidup..
Pesan pada hati, jangan berputus asa dengan rahmat Ilahi..
Pesan pada naluri, berhenti dari terus mengeluh dan kecewa..
Bukankah Allah itu sentiasa ada untuk kita..
Sentiasa bersama dalam duka dan tawa kita..
Dan DIA selalu hadir bersama orang² yang bertakwa..
Memperkukuhkan jalan hamba² yang berjuang di atas jalan-Nya..
KETAHUILAH.. bahawa Allah tidak akan sesekali meninggalkan kita..
Kecuali hanya kita sahaja yang seakan ingin meninggalkan DIA..
Bilamana saat kita melupakan DIA di kala lagha, di dalam leka
dan di waktu kita terkejar-kejar nikmat dunia !


KLIK : KERANA ANJING- MASUK SYURGA... KERANA KUCING-MASUK NERAKA

No comments:

Post a Comment