Popular Posts

Tuesday, January 10, 2012

7 TANDA TAKUT KEPADA ALLAH...


' DEMIKIANLAH SEKSA TUHANMU...
JIKA MENYEKSA SUATU DAERAH YANG ZALIM
SUNGGUH SEKSANYA AMAT PEDIH...
SUNGGUH KEJADIAN ITU CUKUP MENJADI PERINGATAN
BAGI ORANG YANG TAKUT DARI SIKSA AKHIRAT'
( Surah Hud - 102/103 )

7 TANDA TAKUT KEPADA ALLAH

**************************

1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong 
dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.

2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat 
kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.

3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian 
atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. 
Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya 
daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya 
dengan daripada api pada hari Kiamat “.

4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, 
Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram 
masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. 
Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.

5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram 
malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.

6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah 
kedua kakinya hanya melangkah 
ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.

7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’
 atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya
 adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.



Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa

( Takut kepada Allah SWT ).

” Sesungguhnya orang yang bertaqwa 
dalam kebun-kebun dan mata air  (Syurga) “. 
[Surah Al-Hijr : 45].

Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.

( Sumber : fb "Apabila hati berkata sayang,kata-kata bukanlah sekadar ungkapan indah" )


‎"Ya Allah ya Tuhan kami, 
Cintakanlah kami 
pada perkara - perkara yang Engkau cintai
 dan Bencikanlah kami 
pada perkara - perkara yang Engkau murkai"


Ya Allah ... dengan belas ihsan dan kasih sayangMU yang meluas... kami merayu agar ditempatkan kami di syurgaMu 
yang penuh nikmat tiada taranya....


KLIK : 9 JANUARI 2012 - PERHIMPUNAN PERTAMA PELAJAR SESI PAGI TAHUN 2012 & PELANTIKAN JAWATANKUASA TERTINGGI PENGAWAS 2012

No comments:

Post a Comment