Popular Posts

Thursday, January 19, 2012

19 JANUARI 2012 - MESYUARAT PENGURUSAN KO KURIKULUM KALI-1 TAHUN 2012


PIHAK PENTADBIR...

MESYUARAT PENGURUSAN KO KURIKULUM 
GURU SESI PETANG KALI-1 TAHUN 2012
MASA : 11.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI

MESYUARAT PENGURUSAN KO KURIKULUM 
GURU SESI PAGI KALI-1 TAHUN 2012
MASA : 1.30 - 3.30 TENGAHARI

Sabda Nabi s.a .w: 
"Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat
 ialah seorang yang mati syahid. 
Dia dibawa kpd Allah, dan ditanya: 
“Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” 
Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”.
Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang 
supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. 
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya 
sehingga dihumbankan ke dalam neraka. 

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, 
mengajarnya dan membaca al- Quran. 
Dia dibawa kpd Allah dan ditanya: 
“Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” 
Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya 
dan membaca al-Quran keranaMU”. 
Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya
 engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya
 engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”.
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya 
sehingga dihumbankan ke dalam neraka. 

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya 
dan telah diberikan pelbagai jenis harta. 
Dia dibawa memperkenalkan diri.
 Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? 
Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. 
Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya
 engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. 
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah 
sehingga dihumbankan ke dalam neraka" 
(Riwayat Muslim)


KLIK : MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KALI-1 TAHUN 2012

No comments:

Post a Comment