Popular Posts

Sunday, January 1, 2012

2012 - SELAMAT TAHUN BARU



SELAMAT TAHUN BARU 2012 

saya ucapkan kepada semua pengunjung setia 
blog Badan Dakwah SMK Taman Universiti...

Setelah hampir 18 bulan ianya dibangunkan 
sehingga kini telah mencecah 42,000 pengunjung...
Tiada yang lebih utama pada diri saya melainkan
 ianya diniatkan sebagai satu usaha dakwah 
kepada warga SMK Taman Universiti, Skudai, Johor khususnya 
dan masyarakat luar umumnya... 
Bertujuan untuk memuatnaik gambar sekitar program yang dianjurkan,
perkongsian ilmu dan tazkirah serta link video/blog/web berkaitan... 

Semoga usaha yang sekecil ini dikira oleh Allah sebagai ibadat 
yang akan memberatkan mizan saya dan keluarga
 dihari pengadilan kelak... 

Semoga ianya menjadi jariah yang berkekalan untuk diri saya dan keluarga 
sehingga ke liang lahad dan mahsyarNYA... 
Semoga kasih cinta antara kami berkekalan sehingga syurgaNYA... 
Amin ya Rabbal 'Alamin


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami 
yang banyak membimbing dan membantu saya 
terutamanya diawal blog ini dibangunkan...
Juga  ucapan jutaan terima kasih kepada anak-anak 
yang terlalu memahami  saya terutamanya 
tatkala saya 'meminggirkan' mereka 
kerana terlalu khusyuk dan asyik  mengemaskini blog...
Hanya Allah yang mampu mengganjari mereka 
dengan sebaik-baik ganjaran...

Saya memilih untuk ke sesi petang pada tahun ini...
Kenapa??? Biarlah hati saya yang menjawabnya untuk jiwa saya...
Saya perlu mencari hati yang baru 
untuk menempuh hidup yang baru di tahun baru ini... 
Doakan saya gembira dan bahagia dengan tindakan saya...
Semoga ini adalah yang TERBAIK untuk kehidupan saya...

~ Ustazah Yasirah Yazid ~ 
Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG44


~Apa yang sudah pergi biarlah ia pergi~
Mengingat-ingat masa lalu 
dan bersedih hati kerananya
 adalah satu tindakan bodoh dan sia-sia. 
Ia hanya akan mematikan kehendak 
dan membinasakan masa depan.

Bagi orang yang waras, 
FAIL MASA LALU itu 
sepatutnya dilipat dan disimpan, 
bukan dibuka dan dipersoalkan. 
Ia perlu ditutup buat selama-lamanya 
dan dikurung di dalam penjara KELUPAAN, 
diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat 
hingga ia tidak dapat keluar. 
Ia perlu diperap sedemikian rupa 
supaya ia tidak terkena cahaya. 
Ia adalah sesuatu yang telah berlalu 
dan sudah selesai.

Ia tidak mungkin akan kembali lagi 
dengan apa juga kesedihan, 
tidak dapat diubah dan dibaiki lagi 
dengan apa juga kedukaan, 
tidak dapat dihadirkan semula 
dengan apa juga kegelisahan 
dan tidak dapat dihidupkan semula 
dengan apa juga kebingungan-
Ia adalah sesuatu yang SUDAH TIADA. 
NOKTAH!!!

~La Tahzan, Dr. "Aidh al-Qarni, ms:11~

Airmata duka itu kadangkala ubat bagi sengsara, 
jika diadun dengan doa.
 Tuhan sering ditemui dalam derita lebih dari dalam gembira...

No comments:

Post a Comment