Popular Posts

Tuesday, April 2, 2013

2 APRIL 2013 - TAKLIMAT PEMURNIAN PBS PEND ISLAM TING 1 & 2 SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU : PENCERAHAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI YANG TERKINI



TAKLIMAT PEMURNIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 
PEND ISLAM TING 1 DAN 2 SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
~ PENCERAHAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI YANG TERKINI ~
TARIKH : 2 APRIL 2013
MASA : 2.OO PETANG
TEMPAT : DEWAN SK ANGKATAN TENTERA
PENCERAMAH : USTAZAH YASIRAH YAZID
JURULATIH UTAMA PBS
SASARAN : SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM 
YANG MENGAJAR TING.1&2 DAERAH JOHOR BAHRU
ANJURAN : BIRO PBS PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU 
DENGAN KERJASAMA UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPDJB


Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Ustazah Yasirah Yazid selaku Jurulatih Utama PBS atas pencerahan DSP Ting.1 &2 yang terkini pada hari ini. Semoga Allah ganjari dengan pahala yang berterusan atas jariah ilmu yang disampaikan pada hari ini dan dimudahkan segala urusan hidup beliau di dunia dan akhirat.

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Ustazah Maseriyani Sapari & Ustazah Suriani Soryat kerana bertungkus lumus membantu menyusun semula DSP tersebut. Semoga Allah ganjari dengan sebaik-baik ganjaran untuk mereka di dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada Ustazah Sharina Adnan selaku Ketua Biro PBS serta jawatankuasa yang terlibat pada hari ini kerana bersungguh-sungguh memastikan program berjalan dengan lancar. Semoga ganjaran yang baik-baik untuk mereka baik di dunia maupun di akhirat.

Terima kasih kepada GC Ustaz Khairul Anuar Hj Ramlan atas penghasilan CD yang mengandungi bahan PBS yang dibekalkan kepada setiap sekolah . Semoga ianya memberi manfaat yang besar untuk semua GPI seluruh Daerah Johor Bahru. Semoga redha Allah sentiasa bersama beliau di dunia dan di akhirat.

Juga setinggi penghargaan kepada pegawai UPI PPDJB Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz di atas sokongan penuh beliau kepada program yang dijalankan. Semoga Allah limpahi dengan rahmat dan keberkatanNya untuk beliau dan keluarga seluruhnya di dunia dan akhirat.

Terima kasih juga kepada semua guru Pendidikan Islam Ting.1 & 2 seluruh daerah Johor Bahru kerana meluangkan masa untuk hadir mendengar taklimat pada hari ini. Semoga pencerahan pada hari ini dapat membantu memudahkan Ustaz/ah dalam melaksanakan PBS di sekolah masing-masing. InsyaAllah ...



BAHAN PBS 2013 :
DSP TING.1 & 2 TERKINI
YANG TELAH DISUSUN MENGIKUT TAJUK

SILA DOWNLOAD



Akhir kalam
Mohon maaf andai ada kekurangan..
Semak takut ada yang salah ...

Saya halalkan ilmu ini disebarluaskan
agar ianya menjadi jariah untuk saya dan keluarga khususnya
dan untuk anda juga semua umumnya…
Doalah yang baik-baik untuk saya dan keluarga
Semoga berkat namanya Yasirah itu mudah,
Maka saya harap saya telah memudahkan urusan
pihak ustaz/ah semua dalam melaksanakan PBS ini…
Semoga berkatnya saya memudahkan urusan semua,
maka, saya pohon agar mudahlah urusan saya dan keluarga seluruhnya 
di dunia dan maupun di akhirat , 
mudahlah bagi kami menuturkan syahadah dikala Sakaratulmaut, 
mudahlah bagi kami ketika dihisab dan di titian sirat, 
dan dengan itu mudah jugalah untuk kami dihimpunkan
dan dikumpulkan semula di SyurgaNya yang abadi
Amin ya Rabbal A’lamin

KLIK : 23 MAC 2013 - MESYUARAT AGUNG PIBG & MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2013

No comments:

Post a Comment