Popular Posts

Sunday, March 17, 2013

PROJEK NAIKTARAF BILIK SOLAT GURU PEREMPUAN SMKTUN - PEMASANGAN LEMINATE FLOOR DEPORT




Untuk semua orang tahu, sesungguhnya saya rasa begitu beruntung dikelilingi sahabat yang begitu mulia hatinya serta pemurah dalam bersedeqah dan menginfaqkan harta... Hanya dengan menyebarkan SMS, dalam masa 3 hari saya sudah dapat mengumpulkan wang sebanyak RM3200 iaitu satu jumlah yang jauh lebih banyak dari target awal..

Alhamdulillah, Allah mudahkan segala usaha murni kita... Teharu sungguh saya ramai yang menghulur not 50, 100, 200 malah ada yang menginfaq sehingga RM500. Lebih terkesan di hati saya , ada rakan guru yang menginfaq atas nama arwah Nurul Alyani bekas guru SMKTUN 2008-2010 yang meninggal dunia pada 21 Februari 2013 akibat kemalangan jalanraya. Sungguh indah tautan ukhuwwah ini, masih mengingati sahabat yang telah pergi. Walau dia telah tiada, hati mereka tetap bertaut. Semoga arwah tenang di alam sana bersama para solihin dan syuhada'. Amin

Apapun saya mendoakan semoga usaha kita sekecil ini dipandang Allah sebagai jariah yang berterusan untuk kita bawa di barzah sana, untuk kita usung di akhirat sana untuk meraih syurga Allah... Sesungguhnya Tuhan, syukur kami ini terlalu sedikit berbanding nikmat MU yang tidak terhitung banyaknya...

Moga-moganya bila saya menyebutnya di sini, ianya tidak menimbulkan riak di kalangan kita tetapi memberi semangat dan contoh kepada insan lain juga hendaknya...

Untuk akhirnya, saya senantiasa mengharapkan dan mendoakan , pertautan talian kasih antara kita tidak putus untuk selamanya, bertaut walau kita sudah dibarzah sana , bersama dikumpulkan di dalam syurga Allah yang abadi yang tiada tara kenikmatannya... Amin ya Rabbal Alamin

Nilai ukhuwwah itu sebenarnya terlalu indah. Kerana nilainya itu bukan hanya terletak pada satu pertemuan, nilai itu tidak juga terletak pada meriahnya perbualan, bukan juga dikira pada banyaknya hadiah dan pemberian. Tapi ukhuwwah itu bernilainya tersirat pada sebuah ingatan didalam doa dan saling memperingatkan.....

No comments:

Post a Comment