Antara perkara yang ALLAH boleh campakkan dalam hidup insan,
yang kadangkala insan itu tidak boleh buat apa,
bahkan memang tidak boleh berbuat apa-apa,
satu perkara , iaitu AL-HAZAN, dukacita
Bila sedih datang, manusia mula rungsing. manusia mula mencari,
bagaimana dia mahu keluar dari sedih,
bagaimana dia mahu keluar dari dukacita,
dalam kehidupan. "
Ramai orang yang mencari dan mencari ALLAH ketika dia sedih,
Dan tidak ramai yang mencari ALLAH ketika dia gembira,
Walaupun kita tidak disuruh mencari sedih...
Tetapi sedih berjaya membawa orang berjumpa ALLAH...
Dukacita selalu berjaya membawa manusia berjumpa dengan ALLAH
" Ya ALLAH, andainya sedih dan dukacita itu
mendekatkan diri ku pada-MU,
biarlah aku bersedih dan berdukacita
sepanjang hidup ku..."
No comments:
Post a Comment