Popular Posts

Sunday, August 8, 2010

PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI TAHUN 2010


di ambang Ramadhan........


" Ya Allah , berkatilah kami pada
bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikanlah kami
ke bulan Ramadhan.. "
( Riwayat Ahmad dan at-Tabrani , daripada Anas )




PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI






01. PENDAHULUAN



Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.





02. RASIONAL



Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Justeru, Badan Dakwah SMK Taman Universiti Johor Bahru dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan al-Mubarak untuk melancarkan program ”Ramadhan Dekat Di Hati” demi memastikan seluruh warga SMKTUN dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah.





03. OBJEKTIF



3.1. Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak



3.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain



3.3. Memberi peluang warga sekolah menambahkan amal jariah



3.4. Menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan guru dan pelajar



3.5. Menjalinkan ukhuwwah dan merapatkan hubungan silaturrahim antara warga SMKTUN



3.6. Memanfaatkan ICT sebagai metodologi dakwah yang berkesan






04. TARIKH



Sepanjang Bulan Ramadhan. ( 11 Ogos hingga 3 September 2010 )





05. KUMPULAN SASARAN



5.1 Semua pentadbir, guru , staf sokongan dan pekerja swasta.


5.2 Pelajar Islam sesi pagi dan petang





06. AKTIVITI



Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati


Ceramah Semarak Ramadhan - Guru / staf / Pekerja


Ceramah Semarak Ramadhan - khusus kepada pelajar


Nur Pagi


Sehari Satu Tip


Risalah Ramadhan


Tazkirah Ramadhan Maya


Kad Catatan Amalan


Saham Wakaf ( Susur Gajah Surau ke Blok A )


Sedekah


Fidyah


Tadarus Al-Quran


Majlis Khatam Al-Quran


Iftar Ramadhan


Program KAA - Majlis Iftar Bersama pelajar KAA


Program KAA - Qiamullail di masjid berdekatan






JAWATANKUASA PELAKSANA





PENGERUSI

PN. NILAM BT. OTHMAN



TIMBALAN PENGERUSI



NAIB PENGERUSI I

EN. SAIFUL AZIZI B. MOHAMMAD YASIN




NAIB PENGERUSI II

EN. SA’AT B. MAHAT




NAIB PENGERUSI III

EN. ZAINAL B. YUSOF




PENYELARAS

EN. SHAHBUDIN B. MOHD YUSOFF




PENYELARAS DAKWAH

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID




SETIAUSAHA I

USTAZAH HJH RAHMAH BT. ABDULLAH




SETIAUSAHA II

USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN




BENDAHARI

USTAZAH ZAITI BT. ISMAIL

USTAZAH NIK FATAHIAH BT. ZAMAKHSARI





JAWATANKUASA KHAS




PENCERAMAH / IMAM / PENGENDALI PROGRAM

USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN





PENGERUSI MAJLIS

USTAZAH HJH HABIBAH BT. MUHAMMAD







PA SISTEM

CIK KAMARIAH BT. TAHA / AJK APD






JURUGAMBAR / RAKAMAN VIDEO

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID

ENCIK MOHD NIZAM B. JA'AFAR





PENYELARAS & DOKUMENTASI BLOG

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID





BANNER

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID





PENYELARAS PROGRAM



PELANCARAN RAMADHAN DEKAT DI HATI


TINDAKAN :-

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID /

USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN





Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati


Program Ramadhan Dekat Di Hati akan dilancarkan secara rasminya oleh Puan Pengetua. Ia bertujuan bagi menerangkan matlamat dan objektif program ini dijalankan. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan juga boleh dimaklumkan kepada seluruh warga sekolah.


TARIKH PROGRAM : 14 OGOS 2010








SEMARAK RAMADHAN GURU DAN PELAJAR


TINDAKAN :-

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID /

USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN





Semarak Ramadhan ( PELAJAR )


Ceramah berkaitan kelebihan bulan Ramadhan akan disampaikan kepada pelajar sesi pagi dan petang. Bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia.


TARIKH PROGRAM :

6 OGOS 2010 ( 25 Syaaban 1431H )


HARI : JUMAAT


MASA : 7.20–8.00 pagi / 6.00–6.45 petang.


Penceramah : Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin


SASARAN : Pelajar sesi pagi & petang







Semarak Ramadhan

( PENTADBIR / GURU / STAF / PEKERJA SWASTA )




Ceramah Semarak Ramadhan ini lebih memfokuskan tentang persoalan dan permasalahan harian yang berkait rapat dengan ibadat puasa. Program ini juga memberi peluang kepada semua guru sesi pagi dan petang berkumpul dan di akhir majlis saling bermaafan di antara satu sama lain atas segala dosa kesalahan yang pernah dilakukan dan melupakan segala sengketa lama jika ada. Semoga Ramadhan tahun ini dapat ditempuhi dengan hati dan jiwa yang bersih.



TARIKH PROGRAM : 14 OGOS 2010









NUR PAGI




TINDAKAN :-

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID /

CIK KAMARIAH / AJK APD






Nur Pagi


Bacaan ayat suci al-Quran atau zikir munajat akan dipasang sebelum perhimpunan pagi dimulakan dan setelah perhimpunan selesai sehingga pelajar masuk ke kelas ( sesi pagi ) dan sewaktu pelajar balik ( bagi sesi petang ). Ia sebagai satu kaedah bagi mendidik jiwa agar mencintai al-Quran dan sentiasa mengingati Allah.




TEMPOH PELAKSANAAN :


11 OGOS - 3 SEPTEMBER 2010











SEHARI SATU TIP /

RISALAH RAMADHAN /

TAZKIRAH RAMADHAN MAYA /

KAD CATATAN AMALAN



TINDAKAN :-

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID



Sehari Satu Tip





Satu tip atau petua atau hadis disediakan untuk menjadikan ibadah puasa Ramadhan lebih berkesan. Tip yang disediakan diberikan kepada guru bertugas untuk disampaikan kepada pelajar semasa perhimpunan pagi selepas bacaan doa. Jika guru yang bertugas adalah bukan Islam, pengawas akan dilantik untuk membacakannya ( sesi pagi ). Bagi pelajar sesi petang, tip dibacakan oleh wakil pelajar atau ustaz/ah sebelum memulakan solat Zohor.



TEMPOH PELAKSANAAN :


11 OGOS - 3 SEPTEMBER 2010








Risalah Ramadhan




Ianya merupakan edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan Dekat Di Hati dilaksanakan. Risalah akan diedarkan sebanyak 3 kali sepanjang Ramadhan dengan pengisian mengikut fasa iaitu fasa awal Ramadhan berkaitan persediaan diri menghadapi bulan Ramadhan, fasa pertengahan memfokuskan ganjaran 10 malam akhir Ramadhan dan fasa akhir Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.





TEMPOH PELAKSANAAN :


11 OGOS - 3 SEPTEMBER 2010








Tazkirah Ramadhan Maya



http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/



Memastikan blog sentiasa di update dengan program dan tazkirah yang berkaitan dengan bulan Ramadhan agar dapat dikongsi dan diambil manfaat oleh semua warga SMKTUN khususnya dan masyarakat lain umumnya.





TEMPOH PELAKSANAAN :


11 OGOS - 3 SEPTEMBER 2010






KAD CATATAN AMALAN










SAHAM WAKAF



TINDAKAN :-

USTAZAH YASIRAH BT. YAZID /

USTAZAH SITI ZABIDAH BT. ADNAN





Saham Waqaf – SUSUR GAJAH SURAU KE BLOK A



Program ini memberi peluang kepada semua guru , staf dan pelajar membuat sedekah jariah untuk membina pagar surau dan susur gajah bagi kegunaan laluan pelajar terutamanya pelajar sesi petang untuk menunaikan solat Zohor dan Asar berjemaah.




TEMPOH PELAKSANAAN :


JULAI - SEPTEMBER 2010







SEDEKAH



TINDAKAN :-

USTAZAH HJH RAHMAH BT. ABDULLAH /

USTAZAH NIK FATAHIAH BT. ZAMAKHSARI






Sedekah


Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar membuat sedekah kepada pelajar yatim dan fakir miskin. Hasil sumbangan akan dibahagikan sama rata untuk diagihkan kepada pelajar yatim dan fakir miskin. Peserta akan diberikan borang penyertaan untuk tujuan ini.




TEMPOH PELAKSANAAN :


11 - 26 OGOS 2010










FIDYAH



TINDAKAN :-

USTAZAH USTAZAH ZAITI BT. ISMAIL/

USTAZAH SURIANI BT. SORYAT





FIDYAH



Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar atau ahli keluarga mereka membayar fidyah kerana tidak menggantikan puasa yang lalu. Pelajar dari keluarga miskin dan fakir akan diberikan sumbangan beras hasil bayaran fidyah ini. Peserta akan diberikan borang penyertaan untuk tujuan ini.




TEMPOH PELAKSANAAN :


11 - 26 OGOS 2010









TADARUS AL-QURAN GURU & PELAJAR



TINDAKAN :-

USTAZAH HJH RAHMAH BT. ABDULLAH /

USTAZAH NIK FATAHIAH BT. ZAMAKHSARI




Tadarus Al-Quran GURU & PELAJAR



Penglibatan pihak pentadbir , para guru , staf sokongan dan pelajar. Memastikan guru, staf dan pelajar bertadarus di sekolah sepanjang tempoh ini bagi mengimarahkan Ramadhan di sekolah. Melalui program ini pelajar dan guru akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh naqib/ah.




TEMPOH PELAKSANAAN :


11 - 26 OGOS 2010






Program Tadarus GURU



*CADANGAN TEMPOH PELAKSANAAN TADARUS GURU : 16-19 OGOS 2010



SESI PAGI : SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN ( 12.30 – 1.30 )



SESI PETANG : SEBELUM WAKTU PERSEKOLAHAN ( 11.30 – 12.30 )




Tempat:



Surau al Faizin (sesi pagi) /



Dewan SMKTUN (sesi petang)







Program Tadarus Pelajar




Sasaran : Tingkatan 1 , 2 , 3 dan 4. Pelajar Ting. 5 dikecualikan kerana terlibat dengan peperiksaan Percubaan SPM.



Masa pelaksanaan :


pada waktu rehat masing-masing








MAJLIS KHATAM AL-QURAN



TINDAKAN :-

USTAZAH NOR AZIAH BT. JEMA’ON /

USTAZAH SITI ZABIDAH BT. ADNAN

USTAZAH NORATIQAH BT. MOHD SABRI






Majlis Khatam Al-Quran 1431H



Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada akhir Ramadhan setelah pelajar selesai khatam al-Quran melalui program tadarus harian. Majlis dijalankan di surau al Faizin bagi pelajar sesi pagi dan di dewan SMKTUN bagi pelajar sesi petang .



TARIKH PROGRAM : 27 OGOS 2010


( 17 RAMADHAN 1431 H )



HARI : JUMAAT



MASA :


11.00 – 12.30 pagi ( sesi pagi )


4.00 – 5.00 petang. ( sesi petang )



PenGENDALI :



Ustaz Mohd Rifqi b. Myiiddin



SASARAN : Pelajar sesi pagi & petang








IFTAR RAMADHAN



TINDAKAN :-

USTAZAH HJH HABIBAH BT. MUHAMMAD /

USTAZAH HJH ZAUYAH BT. ZAKARIA

USTAZAH SITI KHUZAIMAH BT. HASSAN






Iftar Ramadhan



Melibatkan semua warga SMKTUN termasuk yang bukan beragama Islam dijemput untuk menikmati jamuan berbuka puasa bersama keluarga masing-masing. Antara pengisian program ialah majlis berbuka puasa, solat maghrib & isyak berjemaah, solat sunat terawih dan tazkirah ringkas.




TARIKH PROGRAM : : 28 OGOS 2010


( 18 RAMADHAN 1431 H )



HARI : SABTU



MASA :

6.00 – 10.00



PenGENDALI :

Ustaz Mohd Rifqi b. Myiiddin



SASARAN :

Semua guru Islam sesi pagi & petang / Staf / Pekerja Swasta / Guard / Pengusaha Kantin







PROGRAM KAA

IFTAR KAA & QIAMULLAIL


TINDAKAN :-

PN. SABARIAH BT. MANSHOR /

USTAZAH SURIANI BT. SORYAT





Iftar KAA




Melibatkan semua pelajar KAA yang berjumlah 120 orang. Antara pengisian program ialah majlis berbuka puasa, solat maghrib & isyak berjemaah, solat sunat terawih dan tazkirah ringkas.




TARIKH PROGRAM : : 20 OGOS 2010 ( 10 RAMADHAN 1431 H )



HARI : JUMAAT



MASA :

5.45 petang – 9.45 malam



IMAM :

Ustaz Mohd Rifqi b. Myiiddin



SASARAN :

Semua pelajar KAA





PROGRAM QIAMULLAIL



Melibatkan semua pelajar lelaki KAA . Antara pengisian program ialah solat Isyak, Terawikh, Tadarus, Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah.



TARIKH PROGRAM : 3 - 4 SEPTEMBER 2010


( 24 RAMADHAN 1431 H )



HARI : JUMAAT - SABTU



MASA :

8.00 malam ( 3 September 2010 ) – 7.00 pagi ( 4 September 2010 )




TEMPAT :

Masjid Tan Sri Ainuddin , Taman Universiti




IMAM :

Ustaz Mohd Rifqi b. Myiiddin



SASARAN :

Hanya Terbuka kepada Pelajar LELAKI KAA sahaja





SEPATAH KATA DARI KAMI...............



Warga Badan Dakwah

/ GPI Panitia Pendidikan Islam

SMKTUN




Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

kepada semua WARGA SMKTUN &

sahabat-sahabat di luar sana..

Mohon ampun dan maaf atas segala dosa kesalahan

yang kami lakukan samada

yang disengajakan maupun tidak

yang nyata maupun tersembunyi,

yang lalu maupun yang akan datang..


Semoga Ramadhan kali ini

kita tempuhi dengan

penuh keimanan & ketaqwaan

serta mendapat AMPUNAN dan RAHMAT Ilahi

untuk mendapat nikmat SyurgaNYA..

Amin ya Rahman....




Anas r.a. berkata


"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

"Sesungguhnya diantara manusia itu

ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan

dan penutupan dari kejahatan,

dan ada juga manusia

yang menjadi pembuka kejahatan

dan penutupan kebaikan,

maka sesungguhnya untung

bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t.

sebagai pembuka kebaikan

dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t.

pembuka kejahatan itu ditangannya."





Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan

dibuka pintu-pintu syurga dan

ditutup segala pintu neraka

dan diikat segala syaitan."

( Hadis riwayat Bukhari, Muslim& Nasai )



Klik - Solat Hajat Kecemerlangan 2 & Semarak Ramadhan sesi petang


No comments:

Post a Comment