Popular Posts

Friday, August 13, 2010

3 RAMADHAN 1431H


PROGRAM RAMADHAN
DEKAT DI HATI
1431H

TAZKIRAH RAMADHAN MAYA





TAZKIRAH 3 RAMADHAN 1431H





Keistimewaan Ramadan




1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi.





2. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka hingga waktu berbuka puasa. Pastinya doa para malaikat akan diperkenankan Allah SWT kerana mereka tidak pernah berbuat maksiat malah mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah.





3. Allah SWT menghiasi syurga-Nya setiap hari sebagai persiapan menyambut kehadiran orang yang berpuasa dan sebagai galakan agar mereka berusaha menambahkan amal ibadat di bulan ini.




4. Syaitan digari dengan rantai menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu orang-orang yang soleh.





5. Allah mengampuni orang yang berpuasa pada setiap hujung malam di bulan ini sekiranya mereka bangun mengerjakan ibadah, bertaubat dan bermunajat kepada-Nya serta melaksanakan ibadah puasa di siang hari dengan penuh kekhusyukan.



Klik - Tazkirah Ramadhan Maya - Amalan sepanjang Ramadhan



No comments:

Post a Comment