Popular Posts

Tuesday, January 31, 2012

PROJEK NAIKTARAF BILIK SOLAT GURU PEREMPUAN SMKTUN



Pemasangan aircond dan naiktaraf bilik solat guru perempuan SMKTUN...

SASARAN DANA 2K
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK INFAQ... 
DIPERSILAKAN DAN DIALU-ALUKAN...
BOLEH INBOX FB Dakwah SMKTUN...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut: 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2) 
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 

"Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti: 

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya. 
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya. 
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum. 
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya. 
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya. 

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w. dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing. 

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati . 

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. 

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati . 

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya" 
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya. 
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. 

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

SEMOGA SUATU MASA NANTI KITA DI BARZAH SANA , 
KUBUR KITA DIDINGINKAN DENGAN AIRCOND JUGA... AMIN

Monday, January 30, 2012

30 JANUARI 2012 - MAJLIS PERPISAHAN EN. SHAHBUDDIN BIN YUSOF ( MANTAN KETUA BIDANG SAINS SOSIAL SMKTUN )


TARIKH : 30 JANUARI 2012
MASA : 7.30-8.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN ILMU
MAJLIS PERPISAHAN EN. SHAHBUDDIN B. YUSOF
MANTAN KETUA BIDANG SAINS SOSIAL SMKTUN 
YANG KINI DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI PENGETUA 
DI SMK KANGKAR PULAI JOHOR BAHRU 

































































 









♥✿ Jika bersahabat kerana Allah,
jagalah keaibannya
dan jangan merendahkan dirinya.

Jika bersahabat kerana Allah,
nasihatilah dia
dan bersedia menerima nasihatnya.

Jika bersahabat kerana Allah,
maafkanlah dirinya.

Jika mengaku bersahabat kerana Allah,
terimalah kelemahan dan sikapnya,
seperti dia bersedia
menerima kelemahannmu,

jangan pula
menjaja kelemahannya pada umum.”


♥✿ Seandainya engkau
bertemu seorang kawan
yang sanggup bersusah
atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaiban mu
atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu
atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan
demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia
bukanlah seorang kawan
akan tetapi seorang saudara
& sahabat sejati yang sukar di cari..."