Popular Posts

Thursday, October 14, 2010

TAZKIRAH KELEBIHAN SOLAT DHUHA



KELEBIHAN SOLAT DHUHA




Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:


"Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya."

(Riwayat Ahmad)





Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.



Riwayat Abu Hurairah katanya: "Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)  





"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha ."

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)






Di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW :

"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."  

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)  






Daripada Anas bin Malik ra :

"Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)  





Klik-Kenali pokok Gharqad


Klik _ PROGRAM JOM DHUHA 2010




No comments:

Post a Comment