Popular Posts

Wednesday, January 30, 2013

PENYELARASAN PELAKSANAAN MTQ & FNSS PERINGKAT ZON & DAERAH SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU


PENYELARAS MTQ DAERAH JOHOR BAHRU

PEGAWAI UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPDJB

USTAZ AMIRULHAKIM B. MAHFUDZ - 0122245728
PENOLONG PPD PENDIDIKAN ISLAM

USTAZ ZAIDI B. ISMAIL - 0137453477
PENOLONG PPD JQAF

USTAZAH HJH SAIYYIDAH BT. ABDULLAH - 0197817981
PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM

PENYELARAS MTQ SEKOLAH MENENGAH : 
USTAZAH YASIRAH YAZID - 0197767349

PENYELARAS MTQ SEKOLAH RENDAH : 
USTAZ SAMISTA B. OTHMAN - 0137417298


TUAN RUMAH MTQ PERINGKAT ZON SEKOLAH MENENGAH :

ZON MAJIDI/BANDAR - SMK SRI TEBRAU

 CADANGAN TARIKH : 2 MAC 2013
PENYELARAS DAKWAH : ( akan diberitahu )

ZON NUSAJAYA / SKUDAI - SMK GELANG PATAH

CADANGAN TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
PENYELARAS DAKWAH : 
USTAZAH AINI BT. TARIP - 0197673520


TUAN RUMAH MTQ PERINGKAT ZON SEKOLAH RENDAH :

ZON MAJIDI - SK SRI TEBRAU
CADANGAN TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
PENYELARAS DAKWAH : ( akan diberitahu )

ZON BANDAR - SK KAMPUNG MAJU JAYA  
CADANGAN TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
PENYELARAS DAKWAH : 
USTAZAH JUNAINAH BT. MOHD SALLEH - 0137270588

ZON NUSAJAYA - SK MUTIARA RINI 2
 CADANGAN TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
PENYELARAS DAKWAH : 
USTAZ ZKYRUDDIN B. SALLEH - 0137575774

ZON SKUDAI - SK TAMAN UNIVERSITI 4
 CADANGAN TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
PENYELARAS DAKWAH : 
USTAZAH SITI RAHMAH BT. MAHAMAD - 0167065960


TUAN RUMAH MTQ PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU :

SMK TASEK UTARA
PENYELARAS DAKWAH : 
USTAZAH HAFIDZAH BT. MOHD SHAH - 0197061246

( Tarikh tertakluk kepada perubahan )


MAKLUMAN SYARAT TAMBAHAN MTQSS 2013:

Syarat baru MTQSS 2013 bagi Acara Hafazan Al-Quran  dan Bercerita.


1. Ayat Hafazan Sekolah Menengah tahun 2013 ditambah dengan Surah ad-Dukhan ayat  1-59.
2. Format bagi pertandingan Bercerita Sekolah Rendah akan ditambah dengan satu soalan spontan selepas peserta menyampaikan persembahan. Sehubungan dengan itu, format pemarkahan bagi pertandingan bercerita yang akan digunakan adalah seperti berikut :
                                1. Penyampaian : 40 markah
                                2. Isi : 30 markah
                                3. Bahasa : 20 markah
                                4. Soalan spontan : 10 markah

PENYELARASAN BAGI ACARA HAFAZAN AL-QURAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH & MENENGAH :
1. Hafaz semua surah sepertimana dalam syarat pertandingan MTQSS 2013 . Sekolah Menengah tambah Surah ad-Dukhan ayat 1-59.
2. Peringkat Zon : Hafaz semua Surah.
3. Peringkat Daerah :  Hafaz semua Surah.

PENYELARASAN BAGI ACARA TILAWAH AL-QURAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH & MENENGAH :
1. Peringkat Zon : Pilih mana-mana ayat.
2. Peringkat Daerah :  Undian kesemua ayat.

PENYELARASAN BAGI ACARA SYARAHAN SEKOLAH MENENGAH :
1. Peringkat Zon : Peserta pilih tajuk
2.Peringkat Daerah : Peserta pilih mana-mana 3 tajuk, undian dibuat berdasarkan pilihan tajuk peserta pada hari pertandingan.

Berikut adalah penetapan tajuk Syarahan Menengah bagi peringkat Zon dan Daerah :

TAJUK SYARAHAN PESERTA LELAKI KATEGORI MENENGAH:
1. Tanggungungjawab Pelajar Muslim
2. Dosa Besar Merosakkan Iman
3. Amalan Sedekah Membawa Berkat
4. Solat Membentuk Akhlak Mulia
5. Kepimpinan Rasulullah Saw Teladan Yang Baik

TAJUK SYARAHAN PESERTA PEREMPUAN KATEGORI MENENGAH:
1. Pergaulan Menurut Islam
2. Dosa Besar Meruntuhkan Umat
3. Ibubapa Mithali Keluarga Dihormati
4. Rasulullah Pemimpin Agong
5. Solat Mencegah Kemungkaran


PENYELARASAN BAGI ACARA BERCERITA SEKOLAH  RENDAH :
Peringkat Zon : Peserta pilih 2 tajuk, undian dibuat berdasarkan pilihan tajuk peserta pada hari pertandingan. Tiada soalan spontan.
Peringkat Daerah : Peserta pilih 3 tajuk, undian dibuat berdasarkan pilihan tajuk peserta pada hari pertandingan. Soalan spontan merangkumi 10 markah akan dilaksanakan di peringkat Daerah.

Berikut adalah penetapan tajuk Bercerita bagi peringkat Zon dan Daerah :

TAJUK BERCERITA BAGI PESERTA LELAKI KATEGORI SEKOLAH RENDAH :
1. Haji Widak - Nama Rasul/Nabi : Nabi Muhammmad SAW
2. Kebijaksanaan Hud-hud - Nama Rasul/Nabi : Nabi Sulaiman as
3. Siti Aminah Bonda Rasulullah SAW - Nama Rasul/Nabi : Nabi Muhammmad SAW
4. Kisah Nabi Daud as - Nama Rasul/Nabi : Nabi Daud as
5. Kisah Nabi Luth as - Nama Rasul/Nabi : Nabi Luth as

TAJUK BERCERITA BAGI PESERTA PEREMPUAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH:
1. Peristiwa Perletakan Hajarul Aswad - Nama Rasul/Nabi : Nabi Muhammmad SAW
2. Peristiwa di lembah semut - Nama Rasul/Nabi : Nabi Sulaiman as
3. Halimatus Saadiah ibu susuan Nabi SAW- Nama Rasul/Nabi : Nabi Muhammmad SAW
4. Kisah Nabi Yusuf as dengan Zulaikha - Nama Rasul/Nabi : Nabi Yusuf as
5. Kisah Nabi Harun as - Nama Rasul/Nabi : Nabi Harun as

PENYELARASAN BAGI ACARA NASYID MENENGAH & RENDAH :

TEMA : AL-QURAN PENJANA WASATIAH UMMAH

LAGU :  
1. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu.
2. LAGU PERTAMA DAN LAGU KEDUA HENDAKLAH CIPTAAN BARU. Ia hendaklah ciptaan asal, bebas daripada saduran/ciplak/plagiat dan belum pernah dirakamkan/dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran.
3. Lagu pertama hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjakah, Rakbi dan Dukkah. Ciri-ciri qasidah adalah digalakkan..4. Lagu kedua pula hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari (Nasyid Moden).
5. Rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.
6. Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.
7. Bilangan peserta nasyid Minimum 7 orang dan Maksimum 9 orang. Peserta terdiri dari satu jantina sahaja.

LIRIK :
1. Lirik kedua-dua lagu hendaklah ciptaan baru dan asli.
2. Lirik kedua-dua buah lagu hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa tersebut.
3. Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.
4. Lirik lagu pertama hendaklah menepati konsep tema Festival Nasyid yang ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang unggul seperti keimanan kepada Tuhan, kepatuhan kepada ibubapa, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.
5. Lirik lagu kedua hendaklah berunsurkan isi Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR/KSSR/KBSM. Tajuk-tajuk pilihan akan disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM :
5.1. Bahagian Sekolah Rendah hendaklah merujuk kepada isi Sukatan Pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6.
5.2. Bahagian Sekolah Menengah hendaklah merujuk kepada isi Sukatan Pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
6. Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
7. Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.
8. Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.


PANDUAN/RUJUKAN TAJUK-TAJUK PILIHAN.
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KBSR/KSSR & KBSM 
( LIRIK LAGU KEDUA) 

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

1. AKIDAH
1.1 Memahami dan menghayati rukun iman.
1.1.2 Menyatakan pengertian rukun iman
1.1.3 Memahami dan menghayati rukun iman.
1.1.4 Menyatakan rukun iman.
1.1.5 Menyebut kesan beriman kepada rukun iman.
1.1.6 Menyebut akibat tidak mempercayai rukun iman.
1.2 Memahami dan menghayati beriman kepada Allah.
1.2.1 Menyatakan pengertian beriman kepada Allah.
1.2.2 Menyatakan dalil akli tentang kewujudan dan kebesaran Allah.
1.3 Memahami dan menghayati konsep beriman kepada malaikat.
1.3.1 Menyatakan pengertian malaikat.
1.3.2 Menyatakan hukum mempercayai wujudnya malaikat.
1.3.3 Menyebut sepuluh nama-nama malaikat yang wajib diketahui.
1.3.4 Menyatakan tugas-tugas sepuluh malaikat yang wajib diketahui.

2. IBADAT
2.1 Memahami dan mengamalkan perlakuan dalam solat.
2.1.1 Menyatakan perlakuan dalam solat.
2.1.2 Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul mengikut urutan.
2.1.3 Solat berjemaah.
2.1.4 Ibadah puasa Ramadan.
-Konsep puasa.
-Syarat-syarat wajib.
-Rukun-rukun puasa.
-Syarat-syarat sah.
-Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

3.SIRAH.
3.1 Memahami dan mengambil iktibar daripada pekerjaan nabi sebelum dilantik menjadi Rasul.
3.2 Peristiwa di Gua Hira’.
3.3 Mukjizat al-Quran.
3.4 Isra’ dan Mikraj.

4.ADAB.
4.1 Adab dalam kehidupan bersosial.
4.1.1 Adab di masjid dan surau.
4.1.2 Adab menziarahi orang sakit.
4.1.3 Adab dengan orang tua.
4.1.4 Adab berjiran.
4.1.5 Adab berjual beli.
4.1.6 Adab terhadap tempat dan harta benda awam.
4.1.7 Adab rehlah.
4.2 Adab menuntut ilmu
4.2.1 Adab belajar.


KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

5. ’ULUM SYAR’IYAH

1.1 AKIDAH:
1.1.7 Kesan-kesan beriman kepada Allah s.w.t
1.1.12 Beriman kepada qada’ dan qadar serta hikmahnya :-
1.1.12.1 Pemahaman yang betul mengenai konsep ikhtiar, tawakal dan af’al al-’ibad serta hubungannya dengan qada’ dan qadar.
1.1.14 Dosa-dosa besar yang merosakkan iman dan kesannya :-
1.1.14.1 Menghina dan menderhakai ibu bapa
1.1.14.2 Menipu dan berbohong
1.1.14.3 Mencuri
1.1.14.4 Menagih dadah
1.1.14.5 Minum arak
1.1.14.6 Berzina
1.1.14.7 Liwat, Musahaqah
1.1.14.8 Riba
1.1.14.9 Makan harta anak yatim
1.1.14.10 Membunuh diri
1.1.14.11 Lari dari medan perang
1.1.14.12 Menuduh berzina
1.1.14.13 Mengumpat dan memfitnah
1.1.16 Iman :-
1.1.16.1 Martabat iman
1.1.16.2 Tingkat iman
1.1.16.3 Kemanisan iman

1.2 IBADAH:
3.2.4 Solat Fardu :-
3.2.4.1 Solat fardu, dalil wajib dan hikmah
3.2.4.2 Solat berjemaah dan kepentingannya
3.2.43 Cara-cara khusyuk dalam solat
3.2.11 Penghayatan bulan Ramadhan
3.2.11.1 Solat tarawih
3.2.11.2 Tilawah al-Quran
3.2.11.3 Sedekah
3.2.17 Ibadah Haji dan Umrah
3.2.17.1 Falsafah Haji dan Umrah
3.2.17.2 Konsep ibadah haji dan umrah serta dalil
3.2.17.3 Syarat wajib, rukun dan sunat Haji dan umrah
3.2.17.4 Wajib Haji dan Umrah serta perkara yang dilarang
semasa ihram
3.2.17.5 Cara-cara mengerjakan ibadah Haji dan Umrah

1.3 SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM :-
3.2.3 Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w di Mekah al- Mukarramah dalam mengukuhkan Akidah Islamiah
3.2.4 Strategi perjuangan Rasulullah s.a.w
3.2.5 Faktor-faktor kejayaan dan strategi dakwah Islamiah Rasulullah s.a.w di Mekah
3.2.6 Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah dan pengajaran yang diperolehi

5. ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH:
3.2 Adab Dalam Kehidupan Seharian :-
3.2.5 Adab menjaga diri dan maruah
3.3 Adab Dalam Kehidupan Bersosial :-
3.3.4 Adab bercakap dalam majlis
3.3.9 Adab menjaga alam
3.4 Adab Dalam Menunaikan Ibadat :-
3.4.1 Adab membaca al-Quran
3.4.2 Adab di masjid/surau
3.4.3 Adab terhadap al-Quran
3.4.4 Adab berdoa
3.4.5 Adab beribadat


MASA :
1. Setiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu.
2. Masa dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.
3. Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 10 minit atau melebihi masa 12 minit yang telah ditetapkan.


SILA MUAT TURUN BAHAN DAKWAH DAN MTQ JB

                                                             KLIK DI SINI

KLIK : 29 JAN 2013 - MESYUARAT PENGURUSAN DAKWAH BIL 1 DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013

No comments:

Post a Comment