Popular Posts

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN .. TETAMU AGONG YANG DI RINDU..


Persiapan menyambut ramadhan



Mulailah menjaga diri dari apapun yang Allah haramkan.


Mulai saat ini, hindari telinga, mata, mulut kita dari sesuatu yang tidak layak kita dengar, kita lihat dan kata-kata yang sia-sia. Hindari dari mendengar lagu-lagu yang boleh membuat kita khayal dan hanyut, tukar kepada alunan zikir dan bacaan al-Quran. Hindari mata dari melihat perkara yang haram dan sia-sia, menyekat / meghadkan anak - anak menonton televisyen. Hindari dari bercakap perkara yang mengundang kepada dosa dan sia-sia, contoh mengumpat dan mengeji.



MENANTI RAMADHAN DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN


Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadat puasa dan ibadat-ibadat lain sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan lebih baik dan diterima Allah. Mempersiapkan segala kelengkapan hari raya seperti baju dan sebagainya sebelum tiba waktu Ramadhan bagi mengelakkan kita membazir waktu keluar membeli belah. Mulai sekarang, bersihkan rumah kita, persiapkan dan cantikkanlah rumah kita dengan menukar langsir baru agar Ramadhan nanti kita tidak sibuk dan menghabiskan masa untuk itu.



MENGULANGKAJI SEMULA ILMU BERKAITAN DENGAN PUASA


Meneliti semula rukun, syarat, sunnah, adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna.



MENGUATKAN AZAM


Menguatkan keazaman dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala sifat yang mulia.



MEMPERBANYAKKAN DOA


Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur, tawadhu’.



BERAZAM MENGHAPUSKAN ADAT KEBIASAAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM


Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti membazir dalam membeli juadah berbuka, lalai dengan aktiviti sia-sia dan sebagainya.



MENINGKATKAN KESUNGGUHAN BERAMAL SECARA BERTERUSAN


Bertekad supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang telah kita semai dan suburkan pada bulan Ramadhan supaya tidak cacat dan rosak dan ianya terus diamalkan pada bulan berikutnya.



dekatkanlah segala sesuatu yang akan membuat kita akrab dengan Allah.


Selalu siapkan Al-Qur'an di dalam bag tangan, di meja kerja, dan di bilik tidur agar mudah untuk kita membacanya. Sediakan juga anggaran khusus untuk sedekah dan anggaran untuk berbuka bagi orang lain.



MINTA AMPUN DAN MAAF


Alangkah bagusnya apabila kita minta maaf kepada orangtua menjelang bulan Ramadhan. Ziarah ke makam orang tua kita bagi yang sudah meninggal. Minta ampunlah kalau kita belum sungguh-sungguh membahagiakan orang tua kita. Bermaafan antara suami isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara, rakan kerja dan sahabat handai kita tidak kira di mana sahaja mereka berada.Mungkin tanpa kita sedari ada antara perbuatan kita yang menyakiti dan membuat mereka tersinggung.




KLIK : 30 JULAI 2011 : SEMARAK RAMADHAN GURU & MAJLIS PELANCARAN PROGRAM RAMADHAN DIHATIKU 1432H



No comments:

Post a Comment