Popular Posts

Tuesday, June 29, 2010

KAMI SEHATI SEJIWA...... SEIRING BERSAMA......


HATI-HATI KAMI...

SATU-SATUNYA 'HERO' KAMI...

KEBERSATUAN HATI-HATI KAMI....

DOA DARI KAMI...

SUJUD KAMI KEPADAMU...




MOGA TAUTAN UKHUWWAH ANTARA KAMI

YANG DITAUTKAN DENGAN RASA

KASIH CINTA KERANAMU INI

BERKEKALAN SEHINGGA

KE SYURGAMU YA ALLAH..

AMIN...



MOGA KAMI TIDAK PENAT UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DAKWAH DI MUKA BUMI ALLAH INI...
INSYAALLAH



Friday, June 25, 2010

26-27 JUN 2010 - KEM MOTIVASI KEINDAHAN BERSAMAMU PELAJAR TINGKATAN 3KAA DAERAH JOHOR BAHRU


KEM MOTIVASI KEINDAHAN BERSAMAMU
PELAJAR TINGKATAN 3KAA DAERAH JOHOR BAHRU
(ANJURAN PANITIA KAA DAERAH JOHOR BAHRU
DENGAN KERJASAMA KRJ - KELAB REMAJA JIM )
TARIKH : 26-27 JUN 2010
TEMPAT : SMK TAMAN UNIVERSITI, JOHOR BAHRU

23 JUN 2010 - MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

25 JUN 2010 - PERSIAPAN TEMPAT OLEH PELAJAR 3KAA DAN KELAS YANG TERLIBAT

26 JUN 2010 - 8.00 - 8.30 PAGI -
PENDAFTARAN PESERTA DARI 7 BUAH SEKOLAH KAA DAERAH JOHOR BAHRU

BACAAN DOA DIPIMPIN OLEH USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN

26 JUN 2010 - SLOT KNOWING ME.. KNOWING YOU...

26 JUN 2010 - 2.00 - 4.00 - SLOT INTEAM

26 JUN 2010 - 7.30 - 9.00 - SOLAT BERJEMAAH & TAZKIRAH

26 JUN 2010 - 9.00 - 1.00 - SLOT MENITI ANGIN MALAM

27 JUN 2010 - 8.30 - 10.30 - SLOT KINI & HIJRAH

27 JUN 2010 - 11.30 - 1.00 - SLOT MENUAI KASIH MENUAI SAYANG

MAJLIS PENUTUPAN KEM MOTIVASI KEINDAHAN BERSAMAMU 2010
DISEMPURNAKAN OLEH PENOLONG PPD UNIT PENDIDIKAN ISLAM
AL-FADHIL USTAZ NORZAIDI BIN ISMAIL


SEMOGA KEM MOTIVASI INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TERLIBAT....




7-11 JUN 2010 - PROGRAM LAYAR UKHUWWAH SOUTUL AMAL UNIT NASYID PERSATUAN AGAMA ISLAM




LAPORAN LAYAR UKHUWWAH SOUTUL AMAL

UNIT NASYID PERSATUAN AGAMA ISLAM

SMK TAMAN UNIVERSITI, JALAN PENDIDIKAN

81300, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR.



A. OBJEKTIF


1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Soutul Amal dengan guru-guru panitia agama Islam.
2. Memberi pendedahan kepada ahli Soutul Amal tentang kepentingan mendalami dakwah ini untuk memantapkan kefahaman dan kecintaan terhadap agama .

B. NAMA PROGRAM

Layar Ukhuwwah Soutul Amal

C. TARIKH & TEMPAT PERLAKSANAAN

TARIKH : 7 Jun 2010 hingga 11 Jun 2010
TEMPAT : Perkarangan Rumah Ustazah Habibah, Ustazah Rahmah dan Hutan Bandar


D. TENTATIF DAN LAPORAN BERGAMBAR




7 Jun 2010 (Isnin)


9.00- 12.00 pagi : Latihan untuk rakaman

Latihan dilaksanakan di surau Al-Faizin. Penekanan kepada keharmonian suara dan penegasan nada suara untuk lagu-lagu yang akan melalui proses dubbing di Hard sound studio , Taman Universiti.



8 JUN 2010 (Selasa)


9.00 – 12.00 : Latihan untuk rakaman

- Ahli-ahli Soutul Amal yang terlibat dalam proses rakaman sahaja iaitu seramai 6 orang ahli yang menjalani latihan pada hari ini di Surau Al-Faizin.

3.00 – 4.00 : Menuju ke Rumah Penginapan

-Rumah penginapan pertama ialah rumah ustazah Habibah Muhammad yang terletak di Taman Pulai Utama. Semua Ahli berkumpul di rumah Ustazah Habibah pada waktu yg telah di tetapkan dan taklimat serta pembahagian kumpulan ditentukan oleh ajk pelaksana.

4.00-5.00 : Persiapan untuk memasak.



-Sesi memasak pertama ialah daripada kumpulan 1 yang diketuai oleh Shahnizam. Aktiviti sebegini menggalakan lagi sikap tolong menolong sesama ahli kumpulan.

5.30-10.00 : Solat asar berjemaah

Bacaan ma`thurat

Solat Maghrib

Tazkirah

Solat Isyak

Permainan “Dumb Game”

Tidur

-Malam pertama di rumah Ustazah Habibah semua ahli masih bertenaga kerana belum melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal. Tazkirah maghrib pada malam pertama di sampaikan oleh Ustaz Syamil Md Sulaiman iaitu anak kepada Ustazah Habibah sendiri. Tajuk yang disampaikan berkaitan tentang riak dalam iman amat berkesan , ditambah dengan seloroh beliau yang menarik perhatian ahli Soutul Amal.

- “Dumb Game “ juga permainan yang menggamatkan malam Soutul Amal dapat menyemarakkan lagi nilai ukhuwwah sesama ahli. Antara ahli tingkatan satu dan dua, tiga dan empat, ahli tingkatan lima dan tiga semuanya melaksanakan tugasan yang diberikan tanpa ada diskriminasi dan pentingkan diri.

3.00-6.00 : Qiamullail

Solat subuh

- Qiamullail turut menjadi pengisian dalam program Layar Ukhuwwah ini. Antara elemen terpenting penggugah kestabilan emosi, fizikal , mental dan spiritual pelajar.

- Sementara menunggu azan subuh, Ahli Soutul Amal meneruskan pengisian dengan bacaan Yassiin dan kuliah subuh selepas solat yang disampaikan oleh Adib Fikri. Beliau menyentuh tajuk yang berkaitan dengan : Adab berdoa dan mengupas sebab –sebab doa tidak diterima.





9 JUN 2010 (Rabu)


7.00- 6.00 petang :ke Hutan Bandar

BBQ

Eksplorace

Mandi-manda

Riadah

Pertandingan mencipta lirik nasyid

- Hari kedua , seharian Soutul Amal mengisi aktiviti di Hutan Bandar. Sesi pertama Bermula dari

penyediaan bahan BBQ, membakar ayam, eksplorace dan pembentangannya.

- Setelah siap membakar ayam, semua ahli beralih ke kawasan kolam mandi untuk menyegarkan diri masing-masing. Solat zohor dan makan selepas itu.



- Sesi terakhir selepas makan, ialah beriadah . Aktiviti santai yang menjadi pengisian pada waktu ini ialah permainan badminton, bola keranjang dan rekreasi disekitar hutan Bandar.

- Disamping beriadah, setiap kumpulan juga telah diberikan mandat mencipta lirik nasyid untuk dipertandingkan dan disampaikan pada majlis penutupan di rumah Ustazah Rahmah.

6.00 ptg – 10.00 malam : Bertolak kerumah Ustazah Rahmah

Mendirikan Khemah

Kendiri

Solat maghrib

Tazkirah

Makan

Solat Isyak

Latihan vocal untuk rakaman

Perbincangan kumpulan (Pertandingan mencipta lirik)

- Malam kedua program dirumah ustazah Rahmah kelihatan semua ahli agak kepenatan. Namun demikian aktiviti-aktiviti yang ditetapkan masih diteruskan .





10 JUN 2010 (KHAMIS)


7.00- 12 .00 tghari : Kemas Khemah

Sarapan

Persembahan “mencipta lagu dan lirik.”

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

Jamuan akhir

Sesi penggambaran

Persiapan ke studio

- Hari terakhir dirumah Ustazah Rahmah, selepas Qiamullail dan solat subuh semua ahli Soutul amal mengemaskan khemah yang telah mereka dirikan di perkarangan rumah penginapan.

- Kumpulan terakhir memasak pada hari itu ialah kumpulan lima ditugaskan untuk membantu Ustazah Hanan untuk menyediakan masakan Nasi Arab.



- Persembahan pencipta lagu dan lirik dilakukan selepas sarapan dan sejurus sahaja selesai, majlis penutupan dilangsungkan diikuti dengan makan tengahari dan sesi fotografi.



2.00- 5.00 petang : Rakaman Lagu

- Selesai sahaja solat zohor dan semua ahli pulang kerumah masing-masing dan ahli Soutul Amal yang terlibat dengan sesi recording bergerak ke tempat rakaman.




Disediakan Oleh :

Ustazah Hanan Hamzah

Setiausaha

Program Layar Ukhuwwah Soutul Amal

Unit Nasyid, Persatuan Agama Islam

SMKTUN




SEMOGA UKHUWWAH ANTARA KAMI INI TIDAK HANYA BERAKHIR DI SINI............


Klik : Kami Dapat Adik Baru