Popular Posts

Monday, June 21, 2010

21 JUN 2010 - KAMI DAPAT ADIK BARU......

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI....................

Hari ini, 21 Jun 2010, Panitia Pendidikan Islam menerima kehadiran ustazah baru bagi menggantikan Ustazah Hanan Hamzah yang telah berpindah ke SK Presint 9 (1), Putrajaya. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Nor Aziah bt. Jema'on dari SMK Parit Bunga, Muar, Johor. Beliau anak kelahiran Muar, Johor,diputerikan pada 26 Mei 1978 dan sudah mempunyai 4 orang cahayamata.

Penempatan pertama beliau pada 21 Januari 2003 di SMK Parit Bunga, Muar sehinggalah hari ini beliau melaporkan diri di SMK Taman Universiti, Skudai, Johor. Berkelulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari Universiti Jordan, Amman. Berpengalaman mengajar selama 7 tahun dalam bidang B.Arab.

Di harapkan beliau seronok bertugas di sekolah baru ini dan menjadi adik beradik kami. Semoga terus cemerlang dan memberikan komitmen yang terbaik dalam apa jua program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam maupun Badan Dakwah Sekolah.

SELAMAT BERTUGAS PN NOR AZIAH JEMA'ON.................





No comments:

Post a Comment