Popular Posts

Thursday, July 5, 2012

5 JULAI 2012 - PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN & BACAAN SURAH KAHFI 1433H



5 JULAI 2012 ( 15 SYAABAN 1433H )
PROGRAM KHAS HARI KEBESARAN ISLAM :
PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN & BACAAN SURAH KAHFI
Tempat : Kantin ( berbuka puasa ) 
& Dataran Ilmu ( solat & Bacaan Surah Kahfi )
Masa : 6.30 petang - 10.00 malam
Pengendali Program : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin
( Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMK Taman Universiti )

Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kehadiran 650 orang pelajar yang berpuasa sunat dan para guru bersama keluarga seramai 150 orang...

Ya Allah, berkatilah program yang kami anjurkan ini dan rahmatilah kami semua di sepanjang perjalanan hidup kami ini serta tautilah kami semua sehingga syurgaMU yang abadi...

Sungguh-sungguh terharu dengan sambutan para pelajar kami yang begitu kental dalam melaksanakan puasa sunat dan begitu 'teruja' untuk datang berbuka beramai-ramai di sekolah dan membaca Surah Kahfi... 
Sumbangan para guru kami mencecah RM5500 ( ada seorang guru menyumbang tunai RM500... Alhamdulillah )


Surau : Solat Zohor Pelajar Perempuan Sesi Petang... 
Saya meminta pelajar yang berpuasa sunat hari ini mengangkat tangan...


Dewan : Solat Zohor Pelajar Lelaki Sesi Petang... 
Saya meminta pelajar yang berpuasa sunat hari ini mengangkat tangan,,,



Alhamdulillah,,, Dataran kering... Hujan yang bermula dari 3 pagi berterusan sehingga 3 petang... 
Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan kami



SEKITAR PERSIAPAN 
SEBELUM PROGRAM BERMULA



































SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA
































SOLAT MAGHRIB & BACAAN SURAH KAHFI
SOLAT ISYAK  & TAZKIRAH RINGKAS





























































Catatan di hari Nisfu... 

Hujan yang bermula dari jam 3 pagi berterusan sehingga 3 petang ...
Alhamdulillah pada jam 5.30 petang Dataran kering... 
Maha Suci Allah yang mendengar rintihan kami ... Subhanallah,,, sungguh Agong kuasaMU... sepanjang hujan hati saya merintih " Allah.. bantulah kami... " 

SMS saya pada seorang sahabat 12.49 tengahari ketika hujan masih berterusan... " Ada hikmahnya hujan ni,,,saya memujuk diri... Allah nak tolong anak-anak kita yang lebih 600 orang yang berpuasa hari ini supaya tidak rasa terbeban dek panas... Apapun saya masih mengharap sinar mentari kan muncul untuk mudahkan urusan kita semua... Mintak Allah tolong " 

Ya Allah,,, Sungguh-sungguh satu keajaiban dari Allah bila saya berada di kelas 1KP3 jam 3.20 petang... tiba-tiba saya lihat sinar mentari muncul... Allah , Maha Suci dan Agongnya ENGKAU melebihi segala-galanya,,,, 

Syukur TUHAN PADAMU tiada taranya...


Tiada apa yang saya harapkan, moganya berkat asuhan kita hari ini meninggalkan kesan yang mendalam di sanubari mereka kelak walaupun ketika itu saya sudah berada di barzah sana... 
Amin Ya Allah


KLIK : 4 JULAI 2012 -14 SYAABAN 1433H - BACAAN YASIN & DOA DI MALAM NISFU SYAABAN


KLIK UNTUK PROGRAM IFTAR NISFU SYAABAN & BACAAN SURAH KAHFI SMK TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI

KLIK : 16 JULAI 2011 / 14 SYAABAN 1432H - AMALAN MALAM NISFU SYAABAN



No comments:

Post a Comment