PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAM -
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH TAHUN 2012/1433H:
CERAMAH SEMARAK RAMADHAN PARA GURU, STAF SOKONGAN
& PEKERJA SWASTA SMK TAMAN UNIVERSITI
CERAMAH SEMARAK RAMADHAN PARA GURU, STAF SOKONGAN
& PEKERJA SWASTA SMK TAMAN UNIVERSITI
TARIKH : 14 JULAI 2012
MASA : 7.30 - 10.30 PAGI
TEMPAT : SURAU AL FAIZIN SMK TAMAN UNIVERSITI
PENCERAMAH : USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN
( GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM )
SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG
BACAAN TAHLIL UNTUK ARWAH
BACAAN DOA UNTUK ARWAH
CERAMAH SEMARAK RAMADHAN
DOA UNTUK HATI-HATI KAMI
KUDAPAN
Sesiapa yang berat timbangan kebaikannya,
maka dia dalam kehidupan yang senang lenang
(al-Qari’ah: 6-7)
(al-Qari’ah: 6-7)
Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”. Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”. Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita..
(Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)
Syukur segalanya berjalan dengan baik dan lancar... Walau jauh di sudut hati , jiwa saya agak 'frust' dengan pertembungan kelas tambahan, namun saya harus akur dan tidak mementingkan diri... Awalnya program ini seakan tidak mahu diadakan kerana memikirkan para guru sibuk dengan menanda Ujian Setara 2 dan PBS... 25 Jun 2012 - Bila saya dimaklumkan begitu , serta merta saya sedih kerana setting mind saya program ini mesti berjalan, saya text untuk yang berkenaan " Pendapat ana yang dhaif ini, nak diberi ceramah semua guru dalam keadaan berfokus, dakwah kita bukan hanya untuk pelajar, tapi untuk guru juga. Tak bole nyalahkan depa totally jika ada yang tolol dalam pemakaian tudung. Ramai bila saya tegur cakap 'yang dia pakai sudah tutup dada....' Mereka sudah terbiasa ngan keadaan . Bila kita dekati dengan input agama contoh ceramah, moga-moga hidayah menyerap. Sorang dua pun jadi lah..." ( Saya text untuk 2 individu namun tiada reply - saya akur kerana tidak semua orang suka merespond apa yang kita utarakan kecuali jika dia merasakan berkepentingan untuk respond )
Saya masih ingat Tahun 2009 tidak digabungkan semua guru kerana jika mahu digabungkan kita memerlukan hari Sabtu... Guru sesi pagi kami jalankan tapi tidak untuk guru sesi petang... Saya masih ingat ianya dijalankan pada hari Jumaat masa MAQ di mana pelajar di dataran Ilmu saya minta Ustazah Hjh Hanan Hamzah menyampaikan ceramah dan menjemput Ustaz Mohd Rifqi yang ketika itu cuti menyambung pengajian Masternya untuk datang menyampaikan ceramah untuk para guru... ( KLIK ) . Alhamdulillah, saya mempunyai 2 sahabat ini yang cukup baik dan akur dengan segala permintaan...
Tahun 2010 saya merancang untuk digabungkan, saya masih ingat bila jumpa bonda,saya nyatakan hasrat untuk diadakan waktu pagi Sabtu dengan penglibatan semua guru ( walau saya tahu risikonya ada yang berbunyi tapi saya tegak dengan keputusan walau apa pun berlaku ) . Ketahuilah niat saya cuma satu, hati-hati kita bersatu dalam limpahan rahmat dan redhaNYA dan tidak ada gap antara kita pihak pagi & petang, kita boleh saling berjumpa saling bersalaman dan berpelukan untuk melupakan kisah yang lalu... ( KLIK ).
Tahun 2011 , mind set mereka untuk ini dah ada namun tahun ini bertembung dengan cuti awal Ramadhan, ramai para guru yang tidak boleh hadir kerana kekangan kehendak keluarga... saya akur kerana saya dah dimaklumkan awal oleh HEM tentang ini, tp pada saya dari tidak ada program ini, baik ada walaupun jumlah guru tak ramai, sekurang-kurangnya Semarak Ramadhan kita teruskan juga untuk mereka ( KLIK )
dan hari ini di Tahun 2012 , alhamdulillah selamat kita jalankan pada hari ini... Semoga ianya bermanfaat untuk semua walaupun seperti yang saya ceritakan di atas , penglibatan guru Islam tidak 100% kerana kekangan kelas tambahan untuk anak didik, walau ada yang datang berjumpa saya menyatakan dia 'tidak senang' untuk ke kelas lebih ikhlas untuk duduk bersama menyemarakkan program Ramadhan, namun apa daya kita sebagai orang biasa yang tidak punya kuasa , InsyaAllah pahala jariah ilmu untuk anak-anak didik itu menjadi penyebab Allah turunkan rahmat untuk kita juga pada hari ini... Sekolah kita ada Ustaz yang memang hebat dalam ceramahnya, tersohor di kalangan masyarakat sekitarnya malah di Johor Bahru dan Johor juga, kerana itulah kita boleh wat macam-macam dan aktif program Dakwahnya berbanding sekolah lain. Namun jika kita tiada usaha untuk mengendali program, kita juga mungkin seperti sekolah-sekolah lain yang agak kaku dan beku program dakwahnya... Semoga segala usaha kita sentiasa diredhai dan diberkati bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan kita ini untuk meraih JannahNYA... Amin InsyaAllah
Untuk masyarakat luar yang sering berkunjung mengikuti program dakwah sekolah kami, ketahuilah di sini lah saya merasakan bahagianya di kelilingi oleh orang yang baik-baik ( tidak hanya dengan para guru hati kami bersatu tapi juga bersama staf sokongan malah pekerja swasta - ya Allah betapa nikmatnya ukhuwwah kami ini... ) kerana itulah setiap hari aura baik sentiasa menyerap di hati sanubari saya. Inilah perancangan dan taqdir yang Allah susun di kehidupan saya, hampir-hampir saya ke SMK Kangkar Pulai untuk melaporkan diri tapi Allah beri ketentuan untuk saya masuk ke sini walaupun guru agamanya berlebihan separuh badan ( kerana ada kelas KAA )... Ya Rabb, ENGKAU SEBAIK-BAIK PERANCANG UNTUK KEHIDUPAN AKU INI...
Wahai tuhan ku, jangan ENGKAU serahkan aku ini kepada diriku,
aku tidak mampu untuk menguruskannya...
dan jangan ENGKAU serahkan diriku ini kepada orang lain,
nescaya mereka akan menghilangkan aku...
LAYARI....
MENGIMBAU... SEMARAK RAMADHAN GURU & MAJLIS PELANCARAN TAHUN 2009
http:// badandakwahsmktunjb.blogspot.co m/2010/05/ program-ramadhan-dekat-di-hati. html
http://
MENGIMBAU... SEMARAK RAMADHAN GURU & MAJLIS PELANCARAN TAHUN 2010
http:// badandakwahsmktunjb.blogspot.co m/2010/09/ 14-ogos-2010-semarak-ramadhan-g uru.html
http://
GIMIK PELANCARAN RAMADHAN 2010
http://www.youtube.com/ watch?v=ZhaAQjofsyU&feature=sha re
http://www.youtube.com/
MENGIMBAU... SEMARAK RAMADHAN GURU & MAJLIS PELANCARAN TAHUN 2011
http:// badandakwahsmktunjb.blogspot.co m/2011/07/ 30-julai-2011-semarak-ramadhan- guru-dan.html
http://
GIMIK PELANCARAN RAMADHAN 2011
http://www.youtube.com/ watch?v=KlrBTgXUqEU
http://www.youtube.com/
No comments:
Post a Comment