SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH 1433H
TAZKIRAH RAMADHAN MAYA
TAZKIRAH 1 RAMADHAN 1433H
DALIL DIWAJIBKAN BERPUASA..
" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa "
Surah Al-Baqarah 183
Mukmin yang taat kepada perintah Allah pastinya gembira menantikan kehadiran Ramadhan, bulan penuh berkat dan rahmat. Mereka yang dipanjangkan usia sehingga bertemu Ramadhan kali ini sewajarnya bersyukur. Ianya adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa' (alam akhirat yang kekal abadi). Kesempatan yang sangat bernilai ini sewajarnya direbut sekaligus berazam utk melaksanakan ibadah puasa dgn sebaik-baiknya.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa berpuasa pada Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu."
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, dan Ahmad)
KELEBIHAN BERPUASA
Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya:

* PUASA MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH:
Allah berfirman : [Al-Ahzab: 35]
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar”
* PUASA MENGAWAL SYAHAWAT:
Nabi SAW bersabda: [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)”
* PUASA MENYELAMATKAN SESEORANG DARI NERAKA:
Nabi SAW bersabda: [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun”
Nabi SAW bersabda: [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]
Maksudnya:
“Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka”
* PUASA MENJANJIKAN SYURGA: [HR Annasa'i: 2220]
Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya”
KLIK : DOA KETIKA BERBUKA PUASA
No comments:
Post a Comment