Popular Posts

Saturday, July 21, 2012

DOA KETIKA BERBUKA PUASA


DOA KETIKA AZAN


اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلِكَ وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْ لَنَا 

Ya Allah, telah menjelma malamMu, telah berlalu siangMu, telah terdengar suara para penyeruMu, maka ampunkanlah dosa kami 


DOA SETELAH BERBUKA 


اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا ، وَبِكَ ءَامَنَّا ، وَعلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ ، وَرَحْـمَتَكَ رَجَوْنَا فَتَقَبَّلْ مِنَّا ، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ 

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَآءَ اللَّهُ 

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَناَ فَصُمْناَ ، وَرَزَقَناَ فَأَفْطَرْناَ، 

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لَنَا ذُنُوبَنَا وَأَنْ تَجْعَلَنَا مِنْ أَهْلِ الْـخَيْرِ وَأَنْ تُعَامِلَنَا مُعَامَلَتَكَ لِأَهْلِ الْـخَيْرِ ، وَأَنْ تَـهَبَ لَنَا ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ، وَأَنْ تَرْزُقَنَا رِزْقًا حَلاَلاً طَيِّباً مُبَارَكاً وَاسِعًا ، وَأَنْ تُؤْتِيَنَا خَيْرَيِ الدُّنْيَا وَالأخِرَةِ ، وَأَنْ تَخْتِمَ لَنَا بِحُسْنِ الْـخَاتِـمَةِ ، وَأَنْ تُدْخِلَنَا الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِكَ ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِـمِينَ 

Ertinya : 

Ya Allah, keranaMu kami berpuasa, hanya denganMu kami beriman, dengan rezekiMu kami berbuka, rahmatMu jua yang kami harapkan, Terimalah kami, sesungguh ya Engkau Maha mendengar lagi Maha Mengetahui 

Telah hilang rasa dahaga, telah basah urat dan saluran, dan telah beroleh pahala dengan izin Allah. 

Segala puji bagi Allah yang membantu Kami maka mampulah kami berpuasa, juga yang member rezeki kepada kami, maka mampulah untuk kami berbuka 

Ya Allah, kami bermohon dengan rahmatMu yang meluasi segala sesuatu agar 

· Engkau ampunkan dosa-dosa kami, 

· Engkau jadikan kami orang-orang baik 

· Engkau berurusanlah dengan kami sebagimana Engkau berurusan dengan orang yang baik-baik 

· Engkau anugerahkan buat kami zuriat keturunan yang baik 

· Engkau kurniakan kepada kami rezeki yang halal, lagi baik, berkat lagi banyak 

· Engkau kurniakan kepada kami kebaikan dunia dan akhirat 

· Engkau tutupkan hidup kami dengan kesudahan yang baik 

· Engkau masukkan kami ke dalam syurgaMu 

Dengan rahmat belas sayangMu jua. Wahai Tuhan yang Maha merahmati. 


( Doa Ihsan dari Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin )
Semoga jariahnya sentiasa mengalir untuk beliau dan keluarga seluruhnya samada yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia...

KLIK : 20 JULAI 2012 - PROGRAM SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH : CERAMAH SEMARAK RAMADHAN PELAJAR SESI PAGI TAHUN 2012

No comments:

Post a Comment