Popular Posts

Tuesday, July 31, 2012

INDAHNYA UKHUWWAH KERANA ALLAH...




♥ ~ Indahnya ukhuwwah kerana Allah. 
Yang tua dihormati yang muda disayangi. 
Jika tersilap langkah, indah tuturnya menasihati.
 Nasihat diberi tiada sedikit pun rasa benci. 
Madahnya lembut mudah disambut. 
Tegurnya disenangi maka yang silap juga 
terasa senang diperbaiki. 

Demikianlah kata padanya amarah. 
Pada kalam tersulam megah. 
Saat itu, gahnya diri suburnya benci. 
Jika menasihati, kalamnya mengguris hati, 
jadilah yang tua terasa hati, 
yang muda menjauh diri. 

Nilaian Allah, manusia itu hanya hamba. 
Akan mulia dengannya taqwa. 
Jika berlaku silap sengketa, 
Maaf itulah rahsia damainya. 

Jadilah orang yang dicintai nabi. 
Dendam , benci tiada di hati. 
Yang ada hanya kasih. 
Yang nista di balas dengan mesra. 
Yang kesat di balas dengan jalan selamat – diam.
 Malah menjadi pertama menghulur maaf, 
walau bukan mulakan khilaf. 
Pesan nabi, kata “maaf “ awali lah diri. 
Walau ego letaknya tinggi, biarkan saja ia melintasi.
 Usah di agung ego di hati. Jangan di biar meracun diri.

****
~Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita didik diri kita agar menjadi orang yang pertama memulakan 'maaf' walau bukan kita yang pertama memulakan 'khilaf'... Sama-sama kita didik hati agar ikhlas menerima maaf. Moga tiada dendam, benci, amarah lagi yang tersisa di dalam hati. InsyaAllah~
( VIA iluvislam.com )


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: 
Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya 
berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." 
(Surah az-Zukhruf, ayat 67)



Hilal Asyraf berkata, 
"Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab Neraka."

KLIK : 30 JULAI 2012 - TAKLIMAT JAWATANKUASA MAJLIS PENGHAYATAN RAMADHAN,TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012

No comments:

Post a Comment