Popular Posts

Sunday, March 18, 2012

SIAPA KATA....




:..SIAPA KATA..::

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing-masing..

ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA.



Janganlah menganggap seseorang rendah/hina kerana orang itu belum tentu rendah & hina di sisi ALLAH. Saling menghargailah antara sesama kita kalau kita juga ingin di hargai.......


“Sesungguhnya orang-orang yang menjatuhkan nama-nama ulama besar kerana sebahagian kesalahan yang mereka lakukan bukanlah orang-orang yang bersikap adil dan tidak pula termasuk orang-orang yang tepat dalam mengambil sikap. Sebab mereka menuntut kema’suman dari orang yang tidak ma’sum (terpelihara dari kesalahan). 
Di mana ada penunggang kuda yang tidak pernah jatuh? 
Di mana ada pedang yang tidak pernah tumpul? 
Di mana ada bendera yang terus berkibar?”
{ Syeikh Al-Qaradhawi }


Jika ada insan yang kita iktiraf sebagai ulama’ itupun menunjukkan contoh suka mencela, ambillah kebaikan daripada ilmunya, hormati dia, sayangi dia, doakan dia dan tinggalkan perbuatan suka mencela itu, jangan diambil sekali. Begitu juga sikap kita terhadap ibu bapa, guru, rakan dan sesiapapun jua. Jika sikap suka ‘meraikan’ ini diaplikasi, 
dada kita sentiasa lapang dan berbahagia.

No comments:

Post a Comment