SETIAP MANUSIA ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGANNYA.
JIKA NIAT DI HATI KITA HANYA CENDERUNG UNTUK MELIHAT KEBURUKAN SESEORANG, MAKA KEBURUKANNYA SAJALAH YANG KITA NAMPAK MENGATASI KEBAIKAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA...
PANDUAN IMAM AL-GHAZALI...
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih kurang melakukan dosa.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadat berbanding kita.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
No comments:
Post a Comment