Popular Posts

Tuesday, March 27, 2012

27 MAC 2012 - MESYUARAT AUDIT AKADEMIK UJIAN SETARA 1 TINGKATAN 1 & 2






POSTMORTEM MATAPELAJARAN 
PENDIDIKAN ISLAM TING.1 & 2

Faktor-faktor Kekuatan 

Calon yang lulus A adalah pelajar yang boleh menjawab soalan setiap bahagian dengan baik dan cemerlang iaitu dengan score markah paling minima 16 markah. 

Pelajar telah didedahkan dengan format PMR bagi subjek Pendidikan Islam. 

Sukatan Pelajaran untuk bulan Januari dan Februari telah dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan. 

Pelajar telah diberi latihan mengikut format PMR dan dapat mengulangkaji pelajaran dengan bantuan guru dan rakan sekelas. 

Kekerapan menjawab latih tubi dan membuat latihan yang hampir sama dan berulang banyak membantu pelajar untuk menjawab dengan tepat. 

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam bentuk multimedia dapat merangsang minat pelajar dan dapat memahami tajuk dengan lebih mudah. 

Penggunaan modul yang efektif memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran. 

Pelajar didedahkan dengan teknik menghafal kata kunci untuk lebih mudah mengingat. 

Guru-guru yang mahir dan berpengalaman terutamanya dalam teknik penandaan 


Faktor-faktor Kelemahan 

Calon gagal menjawab dengan baik kerana tidak menguasai tajuk. Ini kerana mereka tidak mengulangkaji pelajaran di rumah dan hanya mengharapkan ulangkaji bersama guru di sekolah. 

Kesilapan juga berlaku pada pilihan soalan Bahagian A yang mana ada calon yang menjawab kedua-dua soalan 1 dan 2 sehingga ada yang tidak cukup masa untuk menjawab soalan no.6 , akibatnya soalan no. 5 dan 6 dijawab secara lewa menyebabkan kehilangan markah. 

Pelajar tidak menguasai jawi dengan baik menyebabkan mereka kehilangan 4markah. Ada di antara mereka yang buta jawi. 

Pelajar tidak menguasai Bahasa Arab dan kerana itu tidak faham maksud ayat al-Quran dan Hadis Nabawiyyah dengan baik. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan Tilawah al-Quran dan Hadis Nabawiyyah dengan baik yang merangkumi 16 markah. 

Masih ada sikap pelajar yang kurang membaca , menganggap matapelajaran Pendidikan Islam mudah lulus. Mereka kurang memberi perhatian apabila diberi tips atau kaedah dalam menjawab dan bersikap sambil lewa. 

Terdapat pelajar yang malas dan tidak membuat latihan dengan sempurna, jika dibuat ada yang menyalin hasil kerja kawan. 

Ada di kalangan pelajar dari kelas 1&2EK5 yang buta huruf dan hanya menyalin soalan sahaja. 

Pelajar tidak faham kehendak soalan menyebabkan jawapan menyimpang dari kehendak soalan. Contoh : Kehendak soalan ciri tetapi pelajar menjawab hikmah. 

Tidak menulis nombor soalan. Ini menyebabkan pemeriksa keliru dalam penandaan kertas. Pelajar akan kehilangan markah penuh. 

Pelajar bermasalah dalam hubungan dengan Allah seperti tidak solat, tidak puasa dan banyak melakukan dosa-dosa kecil maupun besar menyebabkan hati mereka buta dan keras. Kerana itu ilmu tidak dapat masuk dengan baik.



Strategi Peningkatan

1. Pengukuhan teknik menjawab yang tepat akan dibuat dari masa ke semasa oleh guru yang mengajar. 

2. Pelajar digalakkan membuat latihan tambahan sendiri dirumah dan membuat perbincangan dengan guru di sekolah. 

3.Pelajar akan diberi latihan pengukuhan ikut tajuk terutamanya bahagian Tilawah , Hadis dan Adab untuk mendapat score markah. 

4. Pelajar akan diberi latihan intensif ayat hafazan dan menjawikan untuk markah penuh. 

5.Memperbanyakkan latihan dan mendedahkan pelajar teknik menjawab peperiksaan semasa latih tubi. 

6.Penggunaan modul Pendidikan Islam yang selaras dengan kandungan buku teks akan dipergiatkan . 

7.Taklimat tentang format terkini PMR Pendidikan Islam kepada guru ting 1 dan 2 

8. Pelajar lemah dan gagal akan diberi penekanan kepada tajuk mudah. 

9. Pelajar lemah akan diberi nota edaran yang lebih efektif. 

10.Guru akan berusaha mengaplikasi ICT dalam PnP dan beberapa kaedah bersesuaian bagi menarik minat yang lebih mendalam terhadap matapelajaran Pendidikan Islam.


11.Mengadakan program dan aktiviti keagamaan untuk mendekatkan pelajar dengan Allah seperti solat hajat, bacaan Yasin dan zikir , Jom suka Solat , kempen puasa sunat, kempen menutup Aurat dan seumpamanya.

Semoga semua pelajar Tingkatan Satu & Dua 2012 ini akan beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan ditempuhi kelak. Semoga cemerlang dunia akhirat.


Disediakan oleh :
YASIRAH YAZID
Pen. Panitia Pendidikan Islam 
SMK Taman Universiti,
Johor Bahru, JOHOR       


KLIK : 273...

No comments:

Post a Comment