Popular Posts

Sunday, March 11, 2012

DIAM!!!



Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM 
dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM 
dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM 
dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM 
dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM 
dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tdk membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita 
bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM….


Biarkan kalam berbicara...
Biarkan pena merungkai kata-kata...
Biarkan minda mentafsir segalanya...
Biarkan hidayah menerangi hati yang buta!!!

No comments:

Post a Comment