Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.w. maksudnya :
"Wahai Ali !
Apabila engkau disanjung orang dihadapanmu, ucapkanlah :
'Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan,
ampunilah dosaku apa yang mereka tidak ketahui, janganlah aku diseksa
tentang apa-apa yang mereka ucapkan."
"Wahai Ali !
Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun
ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana
sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh
ke tangan peminta."
"Wahai Ali !
Sayangilah golongan fakir miskin nescaya engkau disayangi Allah."
"Wahai Ali ! Jangan engkau membentak fakir miskin nescaya engkau tidak dibentak malaikat kelak di hari kiamat."
[Ustaz Abu Basyer]
No comments:
Post a Comment