Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang
lebih keras daripada batu,
lebih tajam daripada tusukan jarum,
lebih pahit daripada jadam,
dan lebih panas daripada bara.
Sesungguhnya hati adalah ladang,
Maka tanamlah ia dengan perkataan baik,
Kerana jika tidak tumbuh (perkataan yang tidak baik)
nescaya tumbuh sebahagiannya.
Ingatlah... Lidah itu kecil bentuknya tapi besar akibatnya...!
Jangan harapkan sesuatu yang SEMPURNA
pada pandangan manusia,
Kerana tidak ada KESEMPURNAAN
dalam pengetahuan manusia,
Melainkan kesempurnaan hanya pada pandangan ALLAH
dan dalam pengetahuan ALLAH sahaja..
Tetapi harapkanlah yang TERBAIK kerana
yang terbaik masih dalam lingkungan capaian manusia..
Moga-moga kita semua dapat membentuk yang terbaik dalam diri supaya berada dalam kalangan yang TERBAIK!!!
KEGELAPAN tidak bisa mengusir KEGELAPAN,
Hanya CAHAYA yang dapat melakukannya...
AMARAH tidak bisa mengusir KEMARAHAN,
Hanya MAAF yang dapat melakukannya...
BENCI tidak bisa mengusir KEBENCIAN,
Hanya CINTA yang dapat melakukannya...
Sukarnya merasakan saudara muslim
adalah sebahagian daripada diri...
Kita laksana satu jasad, sakit satu anggota
maka sakitlah seluruhnya...
Mencela mereka seperti mencela diri sendiri.
Menyakiti hati mereka sepatutnya,
dirasakan menyakiti hati kita sendiri...
Lalu kita tertanya-tanya di dalam hati,
apakah aku muslim dalam ertikata yang sebenarnya?
Kalau benar, mengapa aku belum merasakan
saudara muslimku yang lain
seperti sebahagian anggota tubuhku???
No comments:
Post a Comment