Popular Posts

Saturday, April 21, 2012

AMALAN MEMBERI RAHMAT YANG DIRAHMATI ALLAH...






AMALAN MEMBERI RAHMAT

YANG DIRAHMATI ALLAH


Jika kita inginkan Rahmat Allah dan hajat yang maqbul, kita seharusnya bersedia untuk memberi rahmat kepada orang lain terlebih dahulu.


1. Memaafkan dosa-dosa yang orang lakukan kepada kita, termasuklah orang yang mengutuk kita, mengeji kita dan menghina kita.


2. Mendoakan dan mengharapkan kebaikan untuk orang lain, tak kira siapapun mereka selagi mereka orang Islam, tanpa mereka ketahui.

3. Mendoakan kebaikan untuk ibubapa, anak-anak dan saudara-mara tanpa mereka ketahui yang kita mempunyai harapan baik terhadap mereka.

4. Memastikan keselamatan orang lain dari kejahatan lidah kita, dari kejahatan tangan kita, dari kejahatan akal kita, dari kejahatan perbuatan kita dan dari kejahatan kejahilan kita.

5. Merasai gembira apabila orang lain mendapat kebaikan dan merasa sedih jika mereka mendapat kesusahan.


DARIPADA Jabir, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah belaka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Orang beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah. Oleh itu, mereka tidak pernah berputus harap dari rahmat-Nya kerana kasih sayang Allah tidak bertepi.
Antara syarat untuk memperoleh rahmat Allah seperti dinyatakan hadis Rasulullah yang diriwayatkan al-Dailami dari Ibnu ‘Abbas yang bermaksud:
“Allah merahmati orang yang dapat menjaga tutur katanyamengenal masa (ketika dia hidup) itu dan istiqamah dalam hidupnya.”
"Kalau kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang."


"Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu."


"Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

"Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu. Bukan pahala kita dapat tapi bala."




Semoga kita sentiasa dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah sehinggalah hari kita bersua denganNYA nanti....


Katakanlah:

Wahai hamba- hambaKU 
yang telah melampaui batas

terhadap diri mereka sendiri 
( dengan perbuatan maksiat ) ,

janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,

kerana sesungguhnya Allah
 mengampunkan segala dosa ,

Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun

lagi Maha Mengasihani.

az-Zumar : 53




Ya Allah , sediakanlah bagi kami,
sebahagian daripada rahmat-Mu yang luas,
 dan berikanlah kami petunjuk 
kepada ajaran-Mu yang terang,
 dan bimbinglah kami menuju kepada keredhaan-Mu 
yang penuh dengan kecintaan-Mu, 
berilah kami kesabaran untuk menerima 
segala ketentuan-Mu, 
dan berilah kepada kami kemampuan 
untuk menjadi orang yang selalu bertaqwa 
dan ampunilah dosa2 kami ya Allah. 

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.



KLIK : 20 APRIL 2012 - MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL QURAN ( MAQ ) PELAJAR SESI PETANG: BACAAN YASIN & DOA

No comments:

Post a Comment