Sungguh rasa terharu yang teramat dengan kasih sayang adik beradikku...
Tak terkata apa hanya Allah jua yang membalasnya dengan yang terbaik...
Kasih sayang adik-adikku bersemadi di hati hingga ke akhir hayat ini...
Jazakumullahu khairan - Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...
Terima Kasih ya Allah kerana telah mengurniakan adik beradik yang terbaik semasa hayat ini...
( sms k.ibah untuk semua sahabat yang bergelar adik beradik pada 6 April 2012 - 4:04PM )
BERSAHABAT KERANA ALLAH:
Apabila kamu bertemu dengan kawan-kawan yang sering mengingatkan dirimu kepada Allah.
Kamu mula mendekatkan diri dan menghampiri Allah melalui mereka, kamu akan sentiasa mencari-mencari teman yang sebegitu kerana mereka tidak suka menghakimi sesiapa pun, mereka tidak prejudis terhadap sesiapa, mereka tidak suka mengaibkan, tidak suka mengumpat atau merendah-rendahkan orang lain, mereka adalah orang-orang yang berbuat sesuatu hanya untuk mencari keredhaan Allah dan melakukan apa yang Allah suka!
Kamu akan lebih bahagia dan tenteram bersama mereka.
Imam Ibnu al-Qayyim pernah DITANYA oleh seseorang,
"Bagaimnakah CARANYA untuk membuatkan diriku
DICINTAI oleh seseorang..?
DICINTAI oleh seseorang..?
Lalu Ibnu al-Qayyim menjawab, " CINTAILAH ALLAH,
nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang
yang juga MENCINTAI-NYA untuk dirimu."
nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang
yang juga MENCINTAI-NYA untuk dirimu."
♥ InsyaAllah♥
KLIK : 5 APRIL 2012 - PROGRAM SOLAT HAJAT , RATIB ASMAUL HUSNA & DOA SELAMAT ( PROGRAM KHAS UNTUK USTAZAH HJH HABIBAH )
No comments:
Post a Comment