Popular Posts

Thursday, April 5, 2012

5 APRIL 2012 - PROGRAM SOLAT HAJAT , RATIB ASMAUL HUSNA & DOA SELAMAT ( PROGRAM KHAS UNTUK USTAZAH HJH HABIBAH )



Nilai ukhuwwah itu sebenarnya terlalu indah. 
Kerana nilainya itu bukan hanya terletak pada satu pertemuan,
 nilai itu tidak juga terletak pada meriahnya perbualan, 
bukan juga dikira pada banyaknya hadiah dan pemberian. 
Tapi ukhuwwah itu bernilainya tersirat pada 
sebuah ingatan didalam doa dan saling memperingatkan.....



Didoakan semoga k.Ibah kan sentiasa di bawah perlindungan dan pengawasan Allah,,, 
Dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan 
dipermudahkan segala urusan dunia maupun akhirat...
Sesungguhnya kami kan sentiasa mendoakan akak...
Jujurnya ... saya amat menyayanginya seperti darah daging saya sendiri, 
Air mata kan mengalir setiap kali saya memanjatkan doa untuknya... 
Kak! Semoga tautan ukhuwwah dan kasih kita membawa ke syurga Allah... 
Amin ya Rabbal 'Alamin


SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG...






























































Bersahabatlah dengan orang-orang soleh
 dan mencintai mereka kerana Allah,
Allah s.w.t berfirman:
"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian lain kecuali orang-orang yang bertakwa.'
[Az-Zukhruf:67]

Didiklah hati untuk merasa bahagia 
membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain, 
boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan yang tidak adil 
dan memberi maaf ketika mampu untuk membalas. 
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~

Orang yang banyak istighfar, pasti hatinya bersih, 
Orang yang hatinya bersih 
akan dibimbing oleh Allah ke jalan kebenaran, 
Apa yang dia lihat, apa yang dia dengar, 
apa yang dia baca, apa yang dia ucapkan, 
semuanya dipilihkan oleh Allah, disaring oleh Allah, 
dan diberi petunjuk sesuai dengan kehendak Allah.
Wallahu'alam

'Jangan resah andai ada yang membencimu, 
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu, 
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat..'
(Imam Al-Ghazali)

No comments:

Post a Comment