USTAZ KHAIRUL ANUAR ( GC PENDIDIKAN ISLAM )
BERSAMA USTAZ NOR ZAIDI ISMAIL ( JPNJ )
DAN PEGAWAI RAKAMAN DARI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Yang berkenaan di atas adalah suami saya... bukan guru ICT, bukan juga guru PPSMI tapi guru pendidikan Islam yang mengaplikasikan ICT dalam pnp seharian... Beliau adalah Ustaz Khairul Anuar Hj Ramlan , Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG44 yang pernah mendapat Anugerah Inovasi Kebangsaan Kategori Pendidikan Islam pada tahun 2010 melalui laman sesawang anuar2u.com...
Tujuan entry ini dimuatnaik adalah untuk sama berkongsi, bukan bermegah kerana dia suami saya, kalau dia yang berkenaan di atas itu bukan suami saya sekalipun akan saya lakukan perkara yang sama... Jerih dia saya terlalu tahu... bersungguh-sungguh , tekun dan penyabar orangnya... lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah dan kerana yakin akan sebaran ilmu yang bertebaran ini akan diganjari Allah dengan pahala jariah yang berterusan sehingga ke liang lahad... Semoga rakaman dokumentari " sehari bersama GC " ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga pendidik di luar sana terutamanya Guru Pendidikan Islam untuk berubah kepada aplikasi ICT dalam PnP... Kita harus sedar dan maklum, pelajar hari ini tidak sama dengan kita yang menjadi pelajar 30 tahun yang lalu... Chalk and Talk sudah tidak digemari mereka...
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan
sebagai peluang untuk mengasah potensi,
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
LINK...
KLIK : WEB anuar2u.com UNTUK PERKONGSIAN ILMU
KLIK : BLOG ICT DALAM PNP : Ke arah PNP berteraskan ICT
KLIK : WEB GALERI CEMERLANG UNTUK BAHAN BANTU MENGAJAR
No comments:
Post a Comment