Popular Posts

Saturday, April 7, 2012

7 APRIL 2012 - AKTIVITI KO KURIKULUM , PENYAMPAIAN HADIAH BULAN BAHASA & CERAMAH KEBAKARAN

















































































































































Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang hadir pada hari ini 
untuk menjayakan aktiviti ko korikulum...
Tahniah kepada PK Koko En. Saat b. Mahat kerana berjaya menganjurkannya...
Sungguh bangga saya melihat kesungguhan para guru dan pelajar SMKTUN...
Dedikasi dan komited dalam semua aktiviti sekolah...
Teruskan kecemerlangan kita, jangan biarkan keadaan sekarang mengubah sikap kita... 
Abaikanlah sikap mereka itu, yang penting kita lakukan segalanya kerana Allah...
Bila sampai tahap dan masanya, kita juga perlu berterus terang walau risikonya terpaksa kita tanggung, namun yakinlah dengan keadilan, ganjaran dan balasan Allah...
Allah bersama mereka yang ikhlas hatinya... Bersabarlah!!!


Belajarlah untuk memaafi,
walau diri sering dilukai...
Andai sudah habis bertahan, 
Carilah peluang berterus terang...
Teruskan perbincangan dengan aman...
Tiada kesudahan dengan berdendam...
Kau hanya menyubur perbalahan, 
dan tiada hati akan tenteram...

Kehidupan hanya akan berlangsung sebentar sahaja 
sebelum menamatkan perjalanan...
Hendak diusung ke mana kemarahan yang berapi di dalam???
Jadilah insan penyabar yang tahan diuji celaan, hinaan dan ejekan...
Serahkan kepada ALLAH yang menentukan kesudahannnya
 kerana Dia Maha Adil menentukan balasan.


Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya saja nanti akan datanglah seseorang yang besar lagi gemuk
 pada hari Kiamat, tetapi disisi Allah, tidak ada timbangan beratnya 
lebih timbangan sehelai sayap nyamuk."
(Muttafaq'alaih)

Maksud hadis diatas ialah bahawa orang yang sewaktu didunia ini besar 
dan tinggi kedudukannya, gemuk badannya serta buncit perutnya, 
tetapi kosong amalannya yang baik, tidak mentaati perintah Allah dan
 malahan melanggar laranganNya, maka pada hari Kiamat nanti oleh Allah orang tersebut tidak ada harganya sama sekali, dianggap ringan dan remeh dan sudah dipastikan akan memperoleh siksaNya yang pedih dalam neraka.

Jadi untuk mencapai keluhuran tingkat disisi Allah, dapat mendekatkan diri padaNya serta mendapatkan keredhaaNya hanyalah dengan jalan membersihkan hati dari semua sifat yang tercela, menyucikannya agar menerima cahaya Ilahiyah,
disamping mengamalkan semua perintah dan jauhilah laranganNya.


KLIK : 6 APRIL 2012 - MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL-QURAN : BACAAN YASIN & DOA

No comments:

Post a Comment