Popular Posts

Friday, August 31, 2012

PBS OH PBS...



PBS OH PBS...
Nasib kami baik , terkena cuti 3 hari sebelum pemantau datang...
Moga-moga urusan ini dimudahkan Allah...
Harapnya Allah bantu kami dengan menutup kelemahan kami...
Apapun, sukarnya perjalanan sesuatu pelaksanaan itu 
hanya orang yang melaksanakannya sahaja yang tahu...
Semuanya masih baru untuk semua!
Moganya bukan kelemahan dan kesalahan yang dikorek 
tapi kekuatan dan kelebihan yang dicarigali!


KRONOLOGI PELAKSANAAN PBS TING.1
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK TAMAN UNIVERSITI

2 - 4 APRIL 2012 - KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 2012 BAGI DAERAH JOHOR BAHRU
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/2-4-april-2012-kursus-penyebaran.html 

10 APRIL 2012 - TAKLIMAT PELAKSANAAN PBS TINGKATAN 1 KEPADA RAKAN PANITIA & PELAJAR YANG TERLIBAT...
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/10-april-2012-taklimat-pelaksanaan-pbs.html 

23 APRIL 2012 - MESYUARAT PBS PERINGKAT SEKOLAH KEPADA SEMUA GURU MATAPELAJARAN TINGKATAN 1
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/mesyuarat-pbs-peringkat-sekolah-kepada.html

27 APRIL 2012 - MESYUARAT PELAKSANAAN PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PANITIA SESI PETANG 2012
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/27-april-2012-mesyuarat-pbs-panitia.html 

30 APRIL 2012 - PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1... KERJA MENGEDIT DOKUMEN STANDARD PRESTASI ( DSP )...
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/04/bahagian-ayat-bacaan-surah-al-baqarah-1.html

4 MEI 2012 - PEMENTORAN PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KEPADA RAKAN PANITIA...
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/05/4-mei-2012-pementoran-pbs-pendidikan.html

11 MEI 2012 - BENGKEL BINA EVIDENCE PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 BERSAMA RAKAN PANITIA SESI PETANG
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/05/11-mei-2012-bengkel-bina-evidence-pbs.html

14 MEI 2012 - PEMANTAUAN PELAKSANAAN PBS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN SATU GURU PENDIDIKAN ISLAM SESI PETANG SMKTUN
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/05/pemantauan-pelaksanaan-pbs-pendidikan.html

15 JUN 2012 - HARI TERBUKA 2012 & TAKLIMAT PELAKSANAAN PBS TING.1 KEPADA PARA IBUBAPA
layari...http://badandakwahsmktunjb.blogspot.com/2012/06/15-jun-2012-hari-terbuka-2012-taklimat.html 



Saya melihat Pelaksanaan PBS Tingkatan 1 ini dari sudut yang positif... Hakikatnya, pelaksanaan ini memerlukan guru yang kreatif dan inovatif disamping memantau kredibiliti seorang guru... Kenapa saya berkata demikian? Kerana berjaya atau tidak mereka mencapai Band yang tinggi adalah kerana hasil inisiatif , kekreatifan dan kesungguhan guru mereka  mendorong mereka mendapat Band yang lebih tinggi... Apapun, inilah masanya sekolah yang biasa-biasa tetapi begitu aktif menanam sahsiah dan akhlak yang baik ke dalam diri anak-anak didiknya menghasilkan seramai mungkin pelajar yang berjaya mendapat Band 5 dan sekurang-kurangnya 10% mendapat B6... Namun untuk itu , banyak usaha keras diperlukan... Semoga Allah membantu hambaNYA yang sentiasa senang membantu dan mendidik anak bangsanya menjadi insan yang baik lagi mulia... 
Untuk subjek Pendidikan Islam, apa yang saya nampak adalah Ustaz/ah menjadi ikutan, contoh dan teladan yang terbaik untuk menghasilkan anak didik yang sahsiahnya baik lagi mulia... Andainya seorang Ustazah sendiri auratnya tidak dijaga, tudungnya hanya ngam-ngam melepasi paras dada , mana mungkin anak didik menjadikan mereka contoh? Andainya seorang Ustaz sendiri yang merokok, mana mungkin anak didiknya ditegah dari merokok? Itulah yang perlu diubah... Seperti kita suatu ketika dulu, guru berperanan membentuk peribadi dan sifat kita hari ini... Makanya begitu jugalah dengan anak-anak didik kita hari ini... Sahsiah mereka kerana hasil asuhan kita! Wallahu'alam,,, Ya Allah ,,, Permudahkanlah urusan kami!


KLIK : MERDEKA...

No comments:

Post a Comment