Popular Posts

Wednesday, August 29, 2012

29 OGOS 2012 - MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2/2012 DAERAH JOHOR BAHRU


MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
 DAERAH JOHOR BAHRU BIL 2/2012
TARIKH : 29 OGOS 2012 
MASA : 2.00-5.45 PETANG
TEMPAT : ANJUNG WAWASAN SMK TAMAN UNIVERSITI





SEKITAR MESYUARAT BERLANGSUNG








JAMUAN HARI RAYA

  
 
 

Sekalung budi...........

Pihak Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru Unit Pendidikan Islam Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz, kepada Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru tahun 2012, iaitu SMK Taman Universiti, kepada semua Jawatankuasa Panitia Daerah dan Ketua-ketua Panitia Pendidikan Islam seluruh Daerah Johor Bahru dengan kehadiran pada hari ini .

Ucapan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Panitia yang lepas atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan bagi menggerakkan Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru. 

Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang baru dilantik. Semoga amanah ini diterima dengan azam yang bersemangat tinggi untuk menaikkan nama Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru.  Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat sama-sama kita galas demi mempertingkatkan martabat Panitia.

Pihak tuan rumah memohon maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan yang berlaku pada hari ini. InsyaAllah akan ditambahbaik di masa akan datang...

Semoga segala usaha murni lagi ikhlas kita hari ini dikira oleh Allah Azzawajalla sebagai amal ibadat yang nantinya memberatkan timbangan mizan kita di hari pengadilannya kelak.

Sekali lagi TAHNIAH dan SYABAS untuk semua....

Doakan segala perancangan dan program mampu kita laksanakan dengan jayanya... Semoga Allah mudahkan kita untuk mencari sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan di dunia ini untuk kebahagiaan di akhirat sana...

( Jujurnya saya amat malu dengan apa yang berlaku hari ini, susah sungguh untuk dimengertikan keadaan,,, Semoga saya diberi kekuatan untuk menegur perkara yang tidak sepatutnya berlaku...
Alangkah untung hidup kita ini jika ada yang suka akan diri kita dan sudi mendoakan , namun betapa celakanya kita andai ramai yang meluat lantaran itu umpatan dan caci yang sering diperkatakan umum... Salah siapa? Kalau bukan diri sendiri yang patut diperbetulkan... ? )

Imam Syafie pernah berkata : 
"aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta, bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM.

Kerana apa?

Bodoh sombong? ego? berhati batu? berhati keras? hidayah tak sampai?
Wallahua'lam...


No comments:

Post a Comment