Popular Posts

Monday, August 13, 2012

MINTA MEREKA DOAKAN KAMI...


SALAM USTAZ, MINTA PIHAK TAHFIZ DI SANA DOAKAN UNTUK KAMI SEMUA…. 

1. USTAZAH YASIRAH YAZID & KELUARGA SELURUHNYA 

2. TN. HJ YAZID & HJH WAN MERIAM & KELUARGA SELURUHNYA 

3. NOR YUSNI YAZID & KELUARGA SELURUHNYA 

4. USTAZAH HJH ZAITI ISMAIL & KELUARGA SELURUHNYA 

5. ZAKIAH ABDULLAH & KELUARGA SELURUHNYA 

6. ZAINAB MOHAMED & KELUARGA SELURUHNYA 

7. ZURAIDA HUSSIEN & KELUARGA SELURUHNYA 

8. T. HJ SABRI & KELUARGA SELURUHNYA 

9. HANIZAH & KELUARGA SELURUHNYA 

10. HASHAZAH & KELUARGA SELURUHNYA 

11. HAMIDAH & KELUARGA SELURUHNYA 

12. MAZNAH ISMAIL & KELUARGA SELURUHNYA 

13. KAMARIAH & KELUARGA SELURUHNYA 

14. SALWA & KELUARGA SELURUHNYA 

15. ROSLIZA & KELUARGA SELURUHNYA 

16. MISKIAH & KELUARGA SELURUHNYA 

17. MOHD ALI ISMAIL & KELUARGA SELURUHNYA 

18. MAHNUM MOHD ALI & KELUARGA SELURUHNYA 

19. ALIDAH MOHD ALI & KELUARGA SELURUHNYA 


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 

YA ALLAH YA TUHAN KAMI… KAMI MOHON KEPADA MU AGAR DIKURNIAKAN KEPADA MEREKA YANG DICATATKAN NAMA DI ATAS… 


1. KEAMPUNAN DARIMU ATAS SEGALA DOSA KESALAHAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN , SEDANG MAUPUN YANG AKAN DATANG, SAMADA DOSA MEREKA YANG NYATA MAUPUN YANG TERSEMBUNYI, DOSA YANG MEREKA SENGAJA LAKUKAN MAUPUN YANG TIDAK SENGAJA MEREKA LAKUKAN. 


2. KURNIAKANLAH KEPADA MEREKA NUR PETUNJUK, HIDAYAH DAN RAHMAT DARIMU SEHINGGA AKHIR HAYAT MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT. JADIKANLAH MEREKA SEMUA INI ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN KURNIAKANLAH JUA UNTUK MEREKA ANAK-ANAK KETURUNAN YANG SOLEH YANG AKAN DIKUMPULKAN SEMULA DI SYURGAMU YANG PENUH KENIKMATAN ITU. 


3. PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA DI DUNIA INI IAITU MUDAH DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN KERJA YANG DIAMANAHKAN DENGAN IKHLAS DAN CEMERLANG. DAN JUGA MUDAHKANLAH SEGALA URUSAN MEREKA DI AKHIRAT SANA KETIKA HARI PENGADILANMU DIJALANKAN DIMAHSYARMU DENGAN MEMASUKKAN MEREKA KE SYURGAMU TANPA HISAB. 


4. ENGKAU BUKAKANLAH SELUAS-LUASNYA PINTU REZEKI YANG HALAL BAIK LAGI BERKAT UNTUK MEREKA MENERUSKAN HIDUP MEREKA DI DUNIA INI. JADIKANLAH MEREKA INSAN YANG BERSYUKUR KEPADA NIKMATMU DENGAN MEMANFAATKAN SEGALA NIKMAT KURNIAAN REZEKIMU ITU KE JALAN YANG DIREDHAI OLEHMU. JADIKANLAH MEREKA ORANG YANG MUDAH UNTUK MENGHULURKAN INFAQ DAN SEDEQAH DI JALANMU. JAUHILAH MEREKA DARI SIKAP KEDEKUT, BOROS , TAMAK HALOBA DAN PERKARA HARAM. 


5. YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADA MEREKA KESIHATAN YANG BAIK, JAUHILAH MEREKA DARI SEBARANG PENYAKIT KRONIK. JADIKANLAH MEREKA INSAN YANG MEMANFAATKAN SEGALA NIKMAT KESIHATAN YANG ENGKAU BERIKAN INI DENGAN MELAKUKAN IBADAT DAN KETAATAN KEPADAMU DAN BUKANNYA MELAKUKAN KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN KEPADAMU. 


6. YA ALLAH YA TUHAN KAMI, DORONGKANLAH HATI DAN ANGGOTA BADAN MEREKA UNTUK MELAKUKAN SEGALA BENTUK KEBAIKAN DAN KETAATAN KEPADAMU, HALANGILAH HATI DAN ANGGOTA BADAN MEREKA DARI MELAKUKAN SEBARANG BENTUK KEJAHATAN, KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN KEPADAMU. PERMUDAHKANLAH UNTUK MEREKA MELAKUKAN SEGALA BENTUK KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN. JADIKANLAH HATI MEREKA HATI YANG BAIK. JAUHILAH SIFAT DENDAM, HASAD DENGKI, IRIHATI DAN SEBAGAINYA YANG TIDAK ELOK DAN TIDAK BAIK. 


7. YA ALLAH, KURNIAKANLAH UNTUK MEREKA SAHABAT-SAHABAT YANG BAIK YANG SENTIASA MENDORONG MEREKA UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENASIHATKAN MEREKA JIKA MEREKA MELAKUKAN KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN. BIARLAH HANYA ORANG-ORANG YANG BAIK DIKELILING MEREKA DAN JAUHILAH ORANG-ORANG YANG JAHAT BERADA BERSAMA MEREKA. JAUHILAH MEREKA DARI SIHIR DAN SEGALA KEJAHATAN MANUSIA JIN MAUPUN IBLIS. 


8. YA ALLAH , DEKATKANLAH SYURGA UNTUK MEREKA, JAUHILAH NERAKA DARI MEREKA. JADIKANLAH MEREKA INSAN YANG TUNDUK PATUH PADA SEGALA PERINTAHMU DENGAN SEDIKITPUN TIDAK BERBANTAH, INSAN YANG SUKA PADA KEBAIKAN DAN BENCI KEPADA KEMUNGKARAN. 


9. YA ALLAH, PERMUDAHKAN DAN PERCEPATKANLAH URUSAN HAJI DAN UMRAH MEREKA. MUDAHKANLAH MEREKA DARI SUDUT KEWANGAN, KESIHATAN DAN KESERONOKAN DALAM MELAKUKAN IBADAH. JADIKANLAH MEREKA TETAMUMU YANG PALING ISTIMEWA DI SANA DENGAN MENDAPAT LAYANAN DAN BANTUAN VVIP DARIMU. KURNIAKANLAH UNTUK MEREKA HAJI YANG MABRUR YANG NANTINYA SUDAH TENTU SYURGA UNTUK MEREKA. 


10. YA ALLAH, MULIAKANLAH MEREKA DI MATAMU DAN MULIAKANLAH JUGA MEREKA DI MATA MANUSIA LAIN. SERLAHKANLAH SEGALA KELEBIHAN DAN KEBAIKAN YANG ADA PADA MEREKA WALAUPUN HANYA SEDIKIT, TUTUPKANLAH SEGALA AIB KEKURANGAN DAN KECACATAN MEREKA WALAUPUN BANYAK. PERBAIKILAH URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT MEREKA YA ALLAH… 


11. YA ALLAH, SEMOGA SEGALA DERMA DAN SUMBANGAN IKHLAS MEREKA INI MENJADI JARIAH UNTUK MEREKA DI KUBUR NANTI DAN SEBAGAI SYAFAAT MEREKA DI AKHIRAT MU NANTI. BERKATI DAN REDHAILAH SEGALA USAHA MURNI DAN IKHLAS MEREKA SEMUA INI. SEMOGA REDHA DAN RAHMATMU SENTIASA MENGIRINGI DI SETIAP LANGKAH KEHIDUPAN MEREKA DI DUNIA INI DAN JUGA DI AKHIRAT SANA. 


12. BAHAGIAKANLAH HIDUP MEREKA DI DUNIA INI BERSAMA SUAMI DAN KELUARGA MEREKA SELURUHNYA, DAMAIKANLAH JIWA-JIWA MEREKA, TENANGKANLAH HATI-HATI MEREKA. BAHAGIAKANLAH JUGA MEREKA DI AKHIRAT SANA, DENGAN MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN PERTOLONGAN DARIMU DI HARI TIADA PERTOLONGAN SELAIN PERTOLONGAN ALLAH RABBUL JALIL. 


13. YA ALLAH, PERKENANKANLAH SEGALA DOA DAN PERMINTAAN KAMI INI UNTUK MEREKA DAN PERKENANKANLAH SEGALA HAJAT DOA DAN PERMINTAAN MEREKA KEPADAMU. HANYA KEPADAMU TEMPAT KAMI MEMINTA SEGALA HAJAT DAN DOA KERANA HANYA ENGKAU RAJA DAN TUHAN KAMI YANG LAYAK KAMI SEMBAH. SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU YANG TELAH SEDANG DAN AKAN BERLAKU. ENGKAU TUHAN MAHA AGONG WAHAI ALLAH RABBUL JALIL. SEMOGA ENGKAU BANTU KAMI UNTUK TERUS TUNDUK KEPADA SEGALA PERINTAHMU, BANTU KAMI UNTUK MENJAUHI SEGALA LARANGANMU. 

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

( Diatas adalah doa yang saya karang untuk pihak Tahfiz di Thailand mendoakan kami para penyumbang untuk pembangunan surau dan tandas untuk kegunaan anak-anak Tahfiz di sana ... Saya sunnguh beruntung kerana mempunyai sahabat yang sungguh-sungguh baik dan tidak kedekut dalam menginfaq harta , kami memang ada 'group' yang setiap bulan mengirimkan wang kepada mana-mana Tahfiz untuk tujuan pembangunan mereka... semoga menjadi jariah untuk kami dan istiqamah dalam urusan ini... amin ya Rabbal Alamin )

KLIK : HAKIKAT INSAN HANYA DIKETAHUI OLEH ALLAH AZZAWAJALLA...

No comments:

Post a Comment