Popular Posts

Tuesday, August 14, 2012

14 OGOS 2012 - SEMARAK RAMADHAN MEMPERKASA IBADAH 1433H ~ PROGRAM SUMBANGAN DUIT RAYA PARA GURU & STAF SMKTUN ~


14 OGOS 2012 - SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK WARGA SMKTUN
Alhamdulillah,,, dengan hanya menyumbang RM10-20 dari setiap guru yang namanya ada di iPhone saya ini, saya berjaya mengumpulkan RM1330...
Maka dapatlah untuk Man kantin RM530 dan 6 cleaner & 2 guard RM100 setiap orang...
Alhamdulillah,,, sahabat-sahabat saya adalah dari orang-orang yang mulia hatinya lagi pemurah dalam menginfaq... Semoga Allah mengganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran...

SAMPUL RAYA UNTUK MEREKA...

Kirim Man beli beras di kampungnya di Indonesia...

Man Kantin... 
bekerja di kantin sekolah kami bermula dari awal sekolah dibuka... 
Walau bertukar tauke kantin tapi Man tetap diambil bekerja .... ( dalam 16 tahun )

Mereka sebaya dengan orangtua kita,,, 
tapi masih bekerja dengan kudrat 4 kerat untuk mencari pendapatan...
Terima kasih atas sumbangan dan zakat yang dihulurkan...

Mereka seumur dengan ibu-ibu kita,,, 
tapi masih bekerja dengan kudrat 4 kerat untuk mencari pendapatan...
Terima kasih atas sumbangan dan zakat yang dihulurkan...


Pn. Yana - Guard sekolah kami... 
( ada 2 orang Guard yang beragama Islam yang kami beri sumbangan )

Untuk semua orang tahu, sesungguhnya saya rasa begitu beruntung dikelilingi sahabat yang pemurah dalam bersedeqah dan menginfaqkan harta... Hanya menyebarkan SMS, dalam masa beberapa jam saya sudah dapat mengumpulkan wang yang jauh lebih banyak dari target awal... Asalnya, tujuan kutipan ini adalah hanya untuk Man... Saya target hanya RM200-300 untuk lepaskan tambang Man pulang ke kampungnya di Indonesia. Tetapi bila kutipannya mencecah RM1330 ( tidak semua guru - mungkin dalam 40-50 orang sahaja yang tahu tentang ini - sebab tidak semua no. guru ada di dalam HP saya ) , saya merasakan ada baiknya saya mengagihkan untuk cleaner Islam seramai 6 orang dan guard Islam seramai 2 orang.
Alhamdulillah, Allah mudahkan segala usaha murni kita... 
Semoga ganjaran syurga untuk kita semua... itulah yang senantiasa saya harapkan dan doakan , pertautan talian kasih antara kita sampai ke syurgaNYA yang abadi... Amin
InsyaAllah, di masa akan datang saya akan mensasarkan kutipan RM5000 
untuk projek infaq kilang roti di Gaza...
Semoga dipermudahkan oleh Allah... Amin

KELEBIHAN BERSEDEQAH...

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
 “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Bukhari)

Huraian:
Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.

Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.


“Tidaklah ada satu hari pun yang dilalui oleh setiap hamba pada pagi harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun, berkata salah satu dari keduanya: Ya Allah berilah orang yang suka menginfaqkan hartanya berupa ganti (dari harta yang diinfaqkan tersebut), dan berkata (malaikat) yang lain: Ya Allah, berilah orang yang kedekut kebinasaan (hartanya).” 
(HR.Bukhari dan Muslim)




No comments:

Post a Comment