Popular Posts

Thursday, May 2, 2013

2 MEI 2013 - BENGKEL PENANDAAN KERTAS PENDIDIKAN ISLAM PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR ) DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013



BENGKEL PENANDAAN KERTAS PENDIDIKAN ISLAM
PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR ) 
DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013
TARIKH : 2 MEI 2013
MASA : 1.00 TENGAHARI - 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SEMINAR PPDJB
SASARAN : SEORANG GURU PEND ISLAM YANG MENGAJAR TING. 3

PENCERAMAH : 
USTAZAH SURAIYA BT. ASHAARY
SMK TAMAN DESA JAYA

PENYELARAS PROGRAM : 
USTAZAH YASIRAH YAZID
SETIAUSAHA PANITIA PEND ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU

PEMANTAU : 
USTAZ AMIRULHAKIM B. MAHFUDZ
PEN PPD PEND ISLAM , PPD JOHOR BAHRU

SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG

1.00 - 2.00 TENGAHARI : PENDAFTARAN & JAMUAN

2.00 - 2.30 TENGAHARI : BACAAN DOA DAN UCAPAN PEN PPD PEND ISLAM

2.30 - 3.30 PETANG : CERAMAH TEKNIK MENANDA PMR

3.30 - 5.00 PETANG : BENGKEL PENANDAAN PMR

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Ustazah Suraiya bt. Ashaary selaku penceramah Bengkel Teknik Penandaan PMR pada hari ini. Semoga Allah ganjari dengan pahala yang berterusan atas jariah ilmu yang disampaikan dan memudahkan segala urusan hidup beliau dan keluarga di dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada Ustazah Yasirah bt. Yazid selaku Penyelaras program pada hari ini serta jawatankuasa yang terlibat kerana bersungguh-sungguh memastikan program berjalan dengan lancar. Semoga ganjaran yang baik-baik untuk mereka di dunia dan juga di akhirat.

Juga setinggi penghargaan kepada pegawai UPI PPDJB Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz di atas sokongan penuh beliau kepada program yang dijalankan. Semoga rahmat dan redha Allah sentiasa mengiringi di setiap langkah kehidupan beliau dan keluarga di dunia ini maupun di akhirat sana.

Terima kasih juga kepada semua guru Pendidikan Islam Ting. 3 seluruh daerah Johor Bahru kerana meluangkan masa untuk hadir mengikuti Bengkel pada hari ini. Semoga segala ilmu yang dicedok pada ini berupaya meningkatkan kemahiran dalam teknik penandaan yang akan dipraktikkan di sekolah nanti yang seterusnya meningkatkan lagi prestasi PMR sekolah dan daerah Johor Bahru. Semoga keputusan Pendidikan Islam PMR Daerah Johor Bahru akan terus cemerlang di masa-masa akan datang..

No comments:

Post a Comment