Popular Posts

Wednesday, May 16, 2012

16 MEI 2012 - SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012


SELAMAT HARI GURU 2012
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI NEGARA"

CUP CAKE PN. NADZLINA YANG MENDAPAT JOHAN
 ACARA MENGHIAS CUP CAKE

 
SETINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA JAWATANKUASA KEBIRUS 2012
YANG TELAH BERJAYA MENGANJURKAN 
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH...
SEMOGA TERUS CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT...
( Ada lagi AJK lain ,,, hanya ini yg sempat "ditangkap" untuk bergambar )

ADIK BERADIK SESI PETANG...
hanya ini yang sempat dirakam bersama adik beradik... 
dah plan nak bergambar semua tapi tak kesampaian kerana kesuntukan masa...
( Mode : FRUST!!! )

ADIK BERADIK KAUNSELOR SEKOLAH
Sungguh spoting mereka... Saya sangat kagum dengan kekentalan mereka...
Semoga terus kuat & kental, Didoakan kemuliaan hidup untuk anda semua...



HUJAN LEBAT DENGAN ANGIN KENCING SEJAK JAM 3.00 PAGI
TAQDIR ILAHI, KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH PENENTU SEGALA...


MENUNGGU MAJLIS BERMULA


SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG




































































PERSEMBAHAN PELAJAR & GURU
















PERTANDINGAN MENGHIAS CUP CAKE





JAMUAN DI DEWAN ALUMNI UTM








































SELAMAT HARI GURU 2012

" Jadilah seorang guru
yang hadirnya diTUNGGU,
hilangnya diRINDU,
ilmunya diBURU,
nasihatnya diSERU,
tingkahlakunya diTIRU,
dan KEHILANGANNYA
diiringi doa restu "

" Sesungguhnya Allah, para
malaikatnya, seluruh penghuni
langit dan bumi hinggakan
semut di sarangnya serta ikan
sentiasa berselawat kepada para
guru yang mengajarkan
kebaikan kepada manusia "
(HR TIRMIZI)

KATA-KATA HIKMAH
"Aku mengamati semua sahabat, 
dan tidak menemukan sahabat 
yang lebih baik daripada menjaga lidah. 
Aku memikirkan tentang semua pakaian, 
tetapi tidak menemukan pakaian
 yang lebih baik daripada takwa. 
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, 
namun tidak mendapatkan yang lebih baik 
daripada memberi nasihat baik. 
Aku mencari segala bentuk rezeki, 
tapi tidak menemukan rezeki 
yang lebih baik daripada sabar."
~ Khalifah ‘Umar RA ~

Alhamdulillah, sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya... Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa KEBIRUS 2012 terutamanya kepada Pengerusi KEBIRUS Pn. Hjh Siti Kamilah Kamar yang bertungkuslumus menjayakan Majlis pada hari ini...
Keadaan cuaca yang hujan lebat bersama angin kencang sejak dari 3 pagi memang menggusarkan kami, mendoakan cuaca kan pulih pada jam 7 pagi, namun makin lebat dan lebat... Hati saya terdetik , Allahurabbi, Agungnya KuasaMU , betapa kita hambaNYA yang cukup kerdil hanya mampu merancang , ALLAH penentu segala penentuan , ada hikmah yang tersembunyi , ada perkara yang ingin diluahkan ... Dalam keadaan kelam kelibut , mereka menyiapkan dewan , sekali lagi dugaan di mana plug tidak berfungsi "tertendang" kerana kilat... Akhirnya, Alhamdulillah Allah membantu pihak kami... 


Tepat jam 9:11 minit paluan kompang mengiringi para guru masuk ke Dewan yang dipenuhi hanya pelajar perempuan , di mana pelajar lelaki ditempatkan di luar kiri kanan dewan, melihat mereka , saya merasakan baiknya anak-anak ini, walau hujan lebat mereka datang semata-mata untuk meraikan guru mereka & membawa hadiah kecil yang besar harganya bagi mereka ( saya teringatkan sebelum datang ke sekolah pagi tadi, dalam hujan lebat angin kencang dan petir, saya melarang anak-anak saya yang berumur 9 & 11 tahun untuk ke sekolah, tetapi semahu-mahunya mereka "engkar" dengan di tangan mereka menjinjing beg berisi hadiah untuk guru mereka yang hanya bermodalkan RM0.80 setiap guru... mungkin pada kita kecil tetapi di mata mereka berharganya hadiah tersebut! )...


Segalanya berjalan lancar dan meriah ... Allah mudahkan setelah diuji dengan kesulitan yang sedikit... Majlis dimulakan dengan doa yang sungguh-sungguh terkesan untuk kami para guru ( saya cuba mendapatkannya dari Ustaz Mohd Rifqi untuk di muatnaik di sini... biarlah doa ini sentiasa kita baca agar menjadi pembakar semangat kita dalam menyampaikan ilmu... ) Mulianya pekerjaan guru kerana meninggalkan ilmu, jariah yang sentiasa bertebaran , semoga menjadi asbab untuk kita meraih jannahNYA...


Majlis kemudiannya disusuli dengan persembahan pelajar... ada yang wajar dan ada yang tidak wajar untuk ditonjolkan.. Ya, semua manusia ada bakat terpendam yang perlu diserlahkan tetapi tidak semua bakat harus ditonjolkan... Biarlah persembahan itu memberi input yang positif  lagi baik kepada anak didik kita agar kita menumpang pahala sehingga ke liang lahad, betapa untungnya kita.. Namun, jika impaknya adalah negatif & buruk yang lebih diikuti mereka, takutnya nanti , kita akan menanggung dosa yang tidak berkesudahan hatta kita di liang lahad kelak... Jangan megah mengatakan saya akan menanggung semuanya, tahukah kita bagaimana keadaan dan nasib kita di akhirat kelak? Bergunungkah pahala kebajikan kita hari ini? Sempurna dan khusyukkah solat kita seharian? Saya berkata lebih terdahulu untuk diri, saya takut saya juga menanggung kerana tidak menyatakan sesuatu... Apapun, pada saya, kalaulah tempatnya kita menimba ilmu, tidak perlu berhiburan secara berlebihan kerana takut-takut hilang keberkatan..... Wallahu'alam....


" Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku."
~ Khalifah ‘Umar RA ~



No comments:

Post a Comment