Popular Posts

Sunday, January 29, 2012

AL-WAHN....



Selidiklah hatimu, periksalah jiwamu... 
Adakah dirimu sudah dihinggapi penyakit Al-Wahn 
iaitu CINTAKAN DUNIA dan TAKUTKAN MATI..
 Sudah ramai yang berpenyakit ini, 
namun mereka tidak mengetahui...

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil 
untuk mendermakan harta di jalan Allah Ta'ala. 
Manakala "takut mati" pula bererti 
leka dgn kehidupan dan kesenangan dunia 
dan tidak membuat persiapan 
untuk menghadapi negeri akhirat 
dan tidak ada perasaan untuk berkorban
 dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan 
Agama Allah Ta'ala

Saturday, January 28, 2012

UBATI PENYAKIT KAMU DENGAN SEDEQAH...



UBATI PENYAKIT KAMU DENGAN SEDEQAH:
********************************
Aswad bin Yazid mengadu tentang harta dan tanamannya 
yang sering dicuri orang dan masalah yang dihadapinya:

Rasulullah menjawab:
"Pagarlah seluruh hartamu dengan zakat, 
sesungguhnya zakat itu melemahkan orang daripada mengambil hakmu."
Jika hartamu sedikit, pagarilah ia dengan sedekah dan infaq.

Bentenglah dirimu dengan DOA sebelum ditimpa sesuatu musibah/bala.
Pagarlah cabaran hidup ini dengan DOA.
Banyak sudah kita guna akal dan kudrat untuk ikhtiar...
Tibalah masanya kita guna IMAN dan KEYAKINAN 
untuk menyelesaikan masalah dalam hidup.

[Ustaz Halim Hasan-@Ceramah : Ubatilah Penyakitmu dengan Sedekah]


Friday, January 27, 2012

HADIS QUDSI 1...



Hadis Qudsi:
**********
Seandainya bukan kerana 
orang-orang tua yang sudah bongkok, 
pemuda-pemuda yang khusyuk, 
kanak-kanak yang menyusu, 
binatang-binatang yang gemuk, 
nescaya Aku jadikan langit itu dari besi, 
bumi tanah rata dan tanah menjadi pasir. 

Nescaya Aku tidak turunkan 
setitis hujan pun kepada kamu 
dan tidak Aku tumbuhkan 
satu biji pun tumbuh-tumbuhan di bumi, 
dan Aku tumpahkan kuat-kuat siksa ke atas kamu.

(Nasihat dan Bimbingan Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali)

Thursday, January 26, 2012

SIAPAKAH ORANG YANG CELAKA???




Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: 

Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. 

Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. 

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. 

Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. 

Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam suyrga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah. 

Diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 
(Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Semoga kita selamat daripada fitnah ini. 
Semoga kita kan memperolehi rahmat, keampunan, 
taqwa dan keselamatan dari neraka....

Wednesday, January 25, 2012

TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATULMAUT




Orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati.

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..


"Demi MASA! 
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman,
 (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran 
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr ~

Tuesday, January 24, 2012

7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR...




7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. 
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya 
telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. 
Itulah petanda semasa hidupnya 
tidak melakukan solat lima waktu, 
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. 
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri 
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
 Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. 
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. 
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, 
menghina, mengkritik dan mengumpat orang LAIN.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya 
dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. 
Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
 Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Hati-hati Wahai HATI
******************
Lidahmu yang warak, 
sedangkan hatimu derhaka kepada Allah.
Lidahmu basah kerana memuji Allah, 
tetapi batinmu berpaling daripada NYA.
Pada zahirnya engkau adalah seorang muslim,
 tetapi batinnya engkau adalah kafir.
Pada zahirnya engkau adalah seorang pengamal Tauhid,
 tetapi pada batinmu adalah musyrik.
Kezuhudanmu dan agama hanya pada zahirnya sahaja, 
sedangkan batinmu penuh kekotoran.
Tak ubahnya sebagai tong sampah, 
yang di luarnya nampak cantik dan bersih, 
tetapi didalam penuh kotoran.
Jika kamu selalu begini,
 maka syaitan akan bersarang di hatimu 
dan ia akan menjadikan hatimu 
sebagai tempat tinggalnya..."
[Wasiat & Nasihat Kerohanian Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Monday, January 23, 2012

21 - 23 JANUARI 2012 - SHAH ALAM BERSAMA TOK WAN & TOK AYAH


























Doa Mohon Iman, Nikmat dan 
Berdamping dengan Rasulullah s.a.w
" Ya Allah ya Tuhan ku , 
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu,
 iman yang tidak goyah, 
nikmat yang tak akan habis 
dan menyertai Nabi Muhammad s.a.w 
di syurga yang paling tinggi selama-lamanya."
[HR: Ibn Hibban-Mawaard no 2436]



Ya Allah Ya Tuhanku... 
hiburkan aku dengan RedhaMU 
dan sabar dengan setiap ujian 
yang ENGKAU turunkan
Amin ya Rahman


REDHA :

Redha, puas dan menerima sepenuh hati segala takdir yang menimpa 
sama ada yang baik atau buruk akan dapat mengusir segala kesedihan:

Redha adalah UBAT kebingungan dan goncangan jiwa. 
Ia menerima sepenuh hati terhadap HIKMAH dan KEBIJAKSANAAN Tuhan.
Ia percaya sepenuhnya akan PILIHAN terbaik dari-Nya.

Sesiapa yang masuk ke pintu keredhaan, ia akan AMAN.
Sesiapa yang menghadap wajahnya ke arah wajah keredhaan, ia akan khusyuk dan tawadhuk.
Sesiapa yang solat di mihrab keredhaan, ia akan menjadi seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.

[La Tahzan, Dr. 'Aidh al-Qarni] 

Saturday, January 21, 2012

21 JANUARI 2012 - MAJLIS TADARUS AL-QURAN ( MTQ ) PERINGKAT SEKOLAH















 


















Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan,& keraguan.
Kurniakanlah pada kami kefahaman....
Bukakan bagi kami pintu ilmu dan hiasilah kami 
dengan akhlak yang baik dan kasih sayang-Mu.

Ya Rabb, Terangilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu.
Sebagaimana Engkau senantiasa menerangi 
langit dan bumi ini dengan rahmat-Mu.

Wahai Dzat yang paling pengasih dari semua yang pengasih,
 semoga rahmat dan hidayah Allah SWT tercurah pada kita semua.
Aamiin....

KLIK : 20 JANUARI 2012 - MAJLIS MEMBUDAYAKAN AL-QURAN ( MAQ ) - PROGRAM KHAS BADAN DAKWAH : KEMPEN JOM SENYUM DAN SALAM