






Perjalanan DAKWAH tiada PENGHUJUNG... Kita bukan PEMULA... Bukan juga PENGHUJUNG... Tetapi PENYAMBUNG... Maka jangan hentikan penjalanan itu... Teruslah berjalan... Di sini .... Segalanya bermula .... Moga iman dan taqwa menjadi milik kita bersama ....







LAPORAN PROGRAM KEMPEN SOLAT SUNAT ISYRAK
MAKLUMAT PROGRAM
TARIKH : 12 FEBRUARI 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 7.20 – 8.00 pagi ( Masa Budaya al-Quran )
TEMPAT : DATARAN KEJAT
SASARAN : SEMUA PELAJAR ISLAM SESI PAGI
ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI
PROGRAM SOLAT SUNAT ISYRAK
Program kempen Solat Sunat Isyrak ini telah dijalankan di Dataran Kejat semasa Program Budaya al-Quran yang terdiri daripada para guru dan pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5. Ianya dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin . Ia dijalankan sebagai satu usaha memperkenalkan warga sekolah tentang solat sunat Isyrak dan bacaan doa Isyrak serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sebanyak 900 doa Isyrak yang dilaminate telah diedarkan kepada para pelajar. Program di akhiri dengan tazkirah ringkas yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin tentang kelebihan dan fadhilat doa Isyrak.
PENUTUP
Semoga program ini dapat melatih warga sekolah terutamanya mengamalkan solat sunat Isyrak dan membaca doa Isyrak ini dalam kehidupan seharian mereka. Setinggi penghargaan kepada para guru yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Disediakan Oleh : Tarikh : 15 FEBRUARI 2010
YASIRAH BINTI YAZID
SETIAUSAHA
BADAN DAKWAH
SMK TAMAN UNIVERSITI
SEMOGA SEGALA AMALAN BAIK KAMI DITERIMA OLEH ALLAH SWT... AMIN...







DOA DARI KAMI RAKYAT JELATA
SEMOGA RUH AL-MARHUM SULTAN DICUCURI RAHMAT
LAPORAN PROGRAM TAHLIL AL-MARHUM SULTAN JOHOR
MAKLUMAT PROGRAM
TARIKH : 29 JANUARI 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 7.20 – 8.00 pagi
TEMPAT : DATARAN KEJAT
SASARAN : SEMUA GURU DAN PELAJAR SESI PAGI
ANJURAN : BADAN DAKWAHSMK TAMAN UNIVERSITI
LAPORAN PROGRAM
PROGRAM TAHLIL AL-MARHUM SULTAN JOHOR
Program ini diadakan di dataran kejat SMKTUN semasa sesi budaya al-Quran pagi jumaat. Ianya dimulakan dengan bacaan Yasin kemudian diikuti tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Program diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz.
PENUTUP
Semoga program ini dapat mengingatkan kita tentang kematian yang akan datang menjemput bila-bila masa sahaja dan hanya kepada Allah kita bertaubat dan memohon ampun. Setinggi penghargaan kepada guru-guru yang memberi kerjasama yang padu.
Disediakan Oleh : Tarikh : 1 FEBRUARI 2010
YASIRAH BINTI YAZID
SETIAUSAHA
BADAN DAKWAH
SMK TAMAN UNIVERSITI
SEMOGA RUH AL-MARHUM DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH SWT... AMIN...








LAPORAN PROGRAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRAH
MAKLUMAT PROGRAM
TARIKH : 15 JANUARI 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 7.20-8.20 pagi
TEMPAT : DATARAN ILMU ( Pelajar Islam )
PENCERAMAH : USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN
ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI
LAPORAN PROGRAM
PROGRAM CERAMAH MAAL HIJRAH
Ceramah mengenai Hijrah Rasulullah SAW telah dijalankan di dataran Ilmu semasa Program Budaya al-Quran pada pagi jumaat. Ianya disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin . Mereka yang terlibat ialah para guru sesi pagi dan pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5.
PENUTUP
Semoga program ini dapat mentarbiah pelajar untuk menjadi generasi yang cemerlang dengan sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan agama Islam.
Disediakan Oleh : Tarikh : 18 JANUARI 2010
YASIRAH BINTI YAZID
SETIAUSAHA
BADAN DAKWAH
SMK TAMAN UNIVERSITI
SEMOGA PENGORBANAN HIJRAH RASULMU MENJADI MOTIVASI UNTUK KAMI SEMUA