Popular Posts

Friday, July 31, 2009

31 JULAI 2009 - PROGRAM PRAKTIKAL HAJI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 SMKTUN











































































Praktikal haji 2009




Oleh Ustazah Hanan Hamzah




Pagi-pagi lagi semua warga SMK Taman Universiti sudah siap sedia dengan pakaian solat dan wuduk untuk mengerjakan solat hajat menjelang peperiksaan dan tolak wabak. Semua ustazah pagi dan petang turun padang dan hero kami satu-satunya ustaz yang sedang cuti belajar turut sama menyertai kami. Inilah SMK Taman Universiti… segala tugasan dilaksanakan bersama.



Apa yang lebih menarik lagi , guru-guru akademik lain serta barisan pentadbir dan kaunselor turut memberikan sokongan menjadi mutawwif, memberi taklimat pada setiap tempat dan mengawal pelajar. Inilah kelainan yang saya temui disini. Guru yang cenderung mengikuti aktiviti anjuran badan dakwah sekolah dan para pelajar yang minat menyelami ilmu agama dengan lebih mendalam.



Tidak dinafikan seperti kebanyakan sekolah harian biasa, lebih-lebih lagi di sebuah daerah yang membangun, masalah sosial adalah cabaran utama. Jika Badan Dakwah sekolah tidak aktif dan memainkan peranan menerobos agenda masyarakat remaja , bilangan mereka yang bermasalah akan lebih ramai.



Praktikal haji tahun ini nampaknya lebih baik dari tahun sebelumnya dan semasa makan tengahari , sempat kami bermuhasabah mengenai strategi penambahbaikan untuk program tahun hadapan. Walaupun hanya dimeja makan , inilah kesempatan yang ada dan sesi muhasabah dan idea penambahbaikkan lebih fresh jika dilakukan segera.



Segalanya berlangsung seperti yang dirancang. Tahun ini kami menambah kelainan dengan menempah rangka khas untuk replika kaabah, sponsor air GAU untuk pelajar dan memainkan audio lagu , intro ibadah haji (semasa pelajar sedang memakai ihram) talbiah dan khutbah Arafah. Suasana hajinya agak terasa dan rakan-rakan guru yang pernah mengerjakan haji dan umrah, terkenang-kenang sendiri pengalaman masing-masing. Dan pelajar pula , walaupun dalam sebegini nakal mereka , azam untuk ketanah suci dapat ditanam dalam diri dengan adanya motivasi.



Bermula dari Wukuf hinggalah kepada bercukur, aktvitinya nampak simple , tetapi memberi kesan terhadap kefahaman pelajar tentang apa yang mereka pelajari melalui P&P dalam bentuk teori dan tayangan dalam kelas. Malah bagi guru-guru yang baru sekali menjejakkan kaki ke tanah suci, perasaan untuk pergi kesekian kali terus berkobar dengan adanya percambahan informasi praktikal haji ini.



Tahun hadapan, pihak panitia bercadang akan menambah gerak kerja berkumpulan disetiap tempat (Arafah, muzdalifah, mina, mekah) agar pelajar benar-benar faham ibadah disetiap tempat dan eksplorasi ibadah haji ini akan diakhiri dengan kuiz semasa taklimat penggulungan.




Mudah-mudahan usaha ini diberkati dan kebersamaan kami dalam membina generasi yang beriman dan berakhlak mulia akan dipermudahkan Allah Rabbul Jalil….

Amiin Ya Rabbal A'lamin..…


Ustazah Habibah sedang memberikan taklimat kepada pelajar . Turut menyerikan majlis pada hari itu ialah Bonda Nilam(Pengetua) dan Puan Saidah (GPK).


Persiapan membina replika Kaabah pada petang hari sebelum praktikal haji.


Pelajar mula bergerak dari tempat wukuf (dataran sekolah ) menuju ke destinasi seterusnya (Muzdalifah) untuk taklimat ke dua yang disampaikan oleh Pn Hjh Rohana ( Kaunselor).


Taklimat di tempat tawaf yang disampaikan oleh Ustazah Habibah. Tak sabar2 nak bertawaf..




31 JULAI 2009 - SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN 2 - USTAZ MOHD RIFQI B. MYIDDIN








LAPORAN PROGRAM SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN 1 & 2

MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 31 JULAI 2009

HARI : JUMAAT

MASA : 7.20 – 8.00 pagi ( Masa Budaya al-Quran )

TEMPAT : DATARAN KEJAT

SASARAN : SEMUA PELAJAR ISLAM SESI PAGI

ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI

PROGRAM SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN 1

Program Solat Hajat Kecemerlangan ini telah dijalankan di Dataran Kejat terdiri daripada para guru dan pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5. Solat hajat ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Rifqi b. Myiddin. Ia dijalankan sebagai satu usaha warga sekolah untuk memanjatkan hajat dan doa ke hadrat Ilahi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan percubaan PMR yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Program diteruskan dengan bacaan surah Yasin kepada air tahfiz untuk diberi minum kepada pelajar sebagai usaha untuk melapangkan hati dan fikiran mereka ketika menghadapi peperiksaan nanti. Program di akhiri dengan tazkirah dan motivasi ringkas yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin.

MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 11 SEPTEMBER 2009

HARI : JUMAAT

MASA : 7.20 – 8.00 pagi ( Masa Budaya al-Quran )

TEMPAT : DATARAN KEJAT

SASARAN : SEMUA PELAJAR ISLAM SESI PAGI

ANJURAN : BADAN DAKWAH SMK TAMAN UNIVERSITI

PROGRAM SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN 2

Program Solat Hajat Kecemerlangan ini telah dijalankan di Dataran Kejat terdiri daripada para guru dan pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5. Solat hajat ini dipimpin oleh Tn. Hj Yassin b. Lauto. Ia dijalankan sebagai satu usaha warga sekolah untuk memanjatkan hajat dan doa ke hadrat Ilahi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan percubaan SPM yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Program di akhiri dengan motivasi ringkas yang di sampaikan oleh Kaunselor Cemerlang Tn. Hj. Yassin b. Lauto

PENUTUP

Semoga program ini dapat melatih warga sekolah terutamanya pelajar agar menyemai rasa kehambaan kepada Allah dan mengharapkan keredhaan dan kerahmatan dariNYA. Setinggi penghargaan kepada para guru yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Disediakan Oleh : Tarikh : 14 SEPTEMBER 2009

YASIRAH BINTI YAZID

SETIAUSAHA

BADAN DAKWAH

SMK TAMAN UNIVERSITI