NOV252010
***********Dia……YASIRAH****************
Hari ini saya ingin menukil sebuah kisah tentang seorang sahabat juga kakak saya di SMK Taman Universiti. Pertama kali bertemu beliau dihadapan perpustakaan sekolah Taman Universiti semasa mesyuarat panitia. Saya baru melapor diri di sekolah berkenaan (2008) kerana berpindah dari SMK Dato Menteri .
Tak sangka dia merupakan guru baru satu panitia dengan saya disekolah itu. Kali pertama saya menegurnya saya rasa saya tidak kekok dengannya hehehhe… mugkin kemesraannya mendorong saya menjadi mudah meresap dalam persahabatan ini. Mungkin inijuga yang dikatakan kasih sayang tanpa syarat yang lahir dari hati untuk manusia yang kepoh tapi pemalu, dan serius tapi gila seperti saya.
Mengenali Insan bernama Yasirah ni, mengubat rindu saya pada rakan-rakan yang saya tinggalkan di Batu Pahat . Syukur dengan nikmat ukhuwwah ini …. Orangnya kalau bekerja nak yang terbaik sahaja! adakala rentak kerjanya memeningkan kepala. Bukan kerana dia banyak mengarut,… tetapi itulah kelainan minah ni, mahukan sesuatu hasil kerja berada pada tahap impak maksima yang menjadi syiar kepada badan dakwah sebagai wadah tranformasi generasi Rabbani yang soleh dan musleh di dunia dan akhirat. Team work BAdan Dakwah SMK TUN memang unik. dengan kak Ibah yang berkesan, KAk rahmah yang teliti, kak Zaiti yang raaajin sangat ! dan Kak Eiy yang bersemangat waja cukup menjadikan mereka mengisi segala kekurangan yang saya ada. Itu belum lagi adik beradik sesi petang seperti Ustaz Rifqi wira kami! kak Zauyah,Kak Raja Ainur, Kak bedah, Suriani, Nik Fatahiah yang sentiasa sedia memberikan khidmat dan bantuan bila-bila masa dan tak kira dimana…
Berbalik kepada cerita sahabat saya Yasirah atau lebih mesra denganpanggilan KAk Eiy ni… Tahun ini beliau mendapat lagi satu amanah pengiktirafan sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islam di sekolah kami..ehh… sekolah Taman Universiti.. Saya dan adik beradik PAnitia tumpang gembira dengan apa yang beliau perolehi. Saya percaya, mandat ini akan beliau galas sebaiknya. Dia umpama sebutir mutiara yang sentiasa berkilau dan menyinari hari-hari kami dalam badan dakwah. Dalam kepohnya adakala hikmah nasihat tersimpul disebalik gurauannya, Dalam semangat wajanya adakala dia sembunyikan kemelut jiwa yang melanda, dalam ketaq beliau bercakap dikhalayak ramai, tulisannya mewakili setiap suara hatinya, dan dalam pada kata dirinya tidak kreatif le…tak reti itu ini begitu begini le… dia tetap lakukan sesuatu dengan terbaik! Itulah mak cik Yasirah yang saya kenali….
Betuahnya saya singgah di Taman Universiti…
Terima Kasih Tuhan … ketemukan aku dengan mereka! Walaupun kini kami dipisahkan degan perpisahan dunia yang fana ini, perjuangan kami tetap satu. MOga KAU redai setiap langkah perjuangan Kami YA Rabb….
Tahniah Yasirah! We Laaaaaaap U!
Sesungguhnya Dia adalah sahabat saya yang sungguh baik...
Untuk seorang Hanan dan keluarganya juga..
Cek Eiy sentiasa mendoakan keluasan rahmat Allah dan rezeki yang melimpah ruah, mendapat anak2 soleh cemerlang dunia akhirat,, Moga tautan ukhuwwah kita tidak hanya berakhir di sini..walau jasad jauh,,, tapi hati kita terlalu dekat kerana Contact Rabbani itu sentiasa ada melalui DOA YANG TIDAK PERNAH PUTUS2…
Lap u too..
Buat yang terbaik dalam kekurangan diri...
Hargai kelebihan diri... perbaiki kelemahan diri ...
jadikan kelebihan itu sebagai penguat...
dan jangan jadikan kelemahan itu ,
sebagai alasan menyembunyikan kekuatan yang ada...
No comments:
Post a Comment