Popular Posts

Monday, June 18, 2012

10 AMALAN MERAIH KEBAHAGIAAN...



10 Amalan Meraih Kebahagiaan

1 ) Bangun menjelang fajar menyingsing untuk beristighfar.

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأسْحَارِ

(dan juga) orang-orang Yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang Yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang Yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang Yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang Yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (Ali Imran:17)

2 ) Menyendiri untuk bertafakur,Berfikir dan sekaligus menghayati ciptaan Allah yang luas ini.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran:191)

3 ) Menjalin hubungan dengan orang yang soleh.

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi:28)

4 ) Berzikir.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; (Al-Ahzab:41)

5 ) Bersembahyang dua rakaat dengan khusyuk.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar (Al-Baqarah:153)

6 ) Membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan.

أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلافًا كَثِيرًا

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang banyak di dalamnya. (An-Nisa’:82)

7 ) Bersedekah secara Sembunyi-sembunyi.

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah:3)

8 ) Berpuasa pada hari yang sangat panas.

Sabda Nabi S.A.W “..Meninggalkan makanan,minuman dan syawatnya kerana Aku…”

9 ) Meringankan beban seseorang islam.

Sabda Nabi S.A.W “..Sesiapa meringankan kesusahaan yang dialami seorang islam di dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahaan pada hari kiamat…”

10 ) Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana.


"Ya Allah, hilangkanlah keraguan dalam hati ini dengan fajar cahayaMu. 
Ya Allah, hancurkanlah kebatilan hati ini, datangnya dengan lapangnya kebenaran 
dan patahkanlah tipu daya syaitan dengan datangnya Pertolongan-Mu.

"Ya Allah,kami mohon perlindungan kepadaMu daripada ketakutan yang kami alami
 dan kami bersandar serta bertawakkal kepadaMu. 
Kami tidak akan meminta pertolongan selain meminta kepadaMu. 
Sesungguhnya, Engkaulah PELINDUNG kami yang merupakan
 sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik Pelindung."

Aamiin Ya Rabbal A'lamiin

KLIK : 17 JUN 2012 - SELAMAT HARI BAPA UNTUK MEREKA...

No comments:

Post a Comment