Antara usaha Badan Dakwah untuk membudayakan warga SMKTUN mengamalkan doa dalam kehidupan seharian mereka disamping menambahkan dana untuk menampung aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Badan Dakwah sepanjang tahun 2010. Semoga setiap dari sumbangan warga SMKTUN akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah dan sebagai jariah yang berkekalan untuk mereka. InsyaAllah. Amin
KOLEKSI DOA YANG DILAMINATE UNTUK WARGA SMKTUN
DOA MEMOHON CAHAYA
( Ungkapan doa memohon cahaya yang diajarkan oleh Rasulullah SAW terutamanya ketika seseorang berjalan menuju ke masjid )
DOA SUJUD SYUKUR/TILAWAH
DOA ISYRAK
DOA MOHON DILINDUNGI RUMAH DARI DIMASUKI PENCURI
( SURAH AL-ISRA' : 110-111 )
DOA PELEMBUT HATI
( SURAH THAHA : 1-15 )
Sayyidina Umar al-Khattab merupakan seorang yang amat keras hatinya di zaman jahiliyyah. Namun, Allah menjadikan al-Quran sebagai sebab beliau mendapat hidayah dan sebab hatinya tunduk dan lembut menerima Islam. Kisah keIslaman beliau diceritakan oleh Dr Ahmad Umar Hasyim berpunca daripada bacaan al-Quran yang didengarinya dari mulut adiknya Fatimah. Ayat yang didengarinya itu melembutkan hatinya sedangkan pada awalnya beliau ingin membunuh adiknya itu kerana telah memeluk Islam.
Keistimewaan ayat tersebut telah menyebabkan para ulama’ menjadikannya sebagai ayat pelembut hati. Amalkanlah dan perdengarkanlah kepada anak-anak insya Allah mereka akan menjadi anak yang taat yang sukakan kebaikan dan mudah menerima arahan, teguran dan bimbingan. Ayat yang didengari oleh Sayyidina Umar ialah ayat 1 hingga 15 dari surah Taha. Jika ingin beramal dengannya bacalah ayat tersebut selapas istighfar, al-Fatihah dan selawat, kemudian berdoalah mohon keberkatan ayat tersebut agar dilembutkan hati anak-anak.. Tidaklah menjadi kesalahan jika ayat ini dibacakan pada air atau makanan yang dimakan oleh anak-anak dengan bergantung harap kepada Allah yang berkuasa atas segala-galanya.
No comments:
Post a Comment