Popular Posts

Wednesday, February 29, 2012

MAAFKANLAH...



Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)

Tuesday, February 28, 2012

HATI DAN WAJAH...



Setiap seseorang yang menyembunyikan sesuatu dalam hatinya,
Pasti akan terlihat pada getaran suara dan perubahan wajahnya...
~Ali bin Abi Talib~


Monday, February 27, 2012

10 TANDA HATI YANG SAKIT...



 10 Tanda HATI Yang SAKIT 

1 - Percaya Pada Kewujudan Allah Swt -
TAPI TIDAK- Menunaikan SuruhanNYA...

2 - MengUcap Cinta Pada Rasullullah Saw -
TAPI TIDAK- Mengikuti Sunnahnya...

3 - Mengamalkan Membaca Al-Quran -
TAPI TIDAK- Melaksanakan kandungan2nya...

4 - Menikmati Semua Nikmat Allah Swt -
TAPI TIDAK- Bersyukur padaNYA...

5 - Mengetahui Syaitan Adalah Musuh -
TAPI TIDAK- Menentangnya...

6 - Mahu Memasuki Syurga -
TAPI TIDAK- Berusaha untuk Mencapainya...

7 - Enggan Di Campak Ke Neraka -
TAPI TIDAK- Cuba Untuk Menjauhinya...

8 - Percaya Bahawa Setiap Yg Hidup Pasti Akan Mati-
TAPI TIDAK-Bersedia untuknya...

9 - Mengumpat, Mencaci dan Mencari Kesalahan Org Lain - 
TAPI TIDAK - Menginsafi Dan Meninggalkan Keburukan Diri Sendiri...

10 - Takut Pada Kematian - TAPI TIDAK - 
Mengambil Pengajaran Daripadanya...

••► Jadi, BERHATI-HATILAH !!! Check HATI, Check AMAL, Check PAHALA
Sudah Cukupkah Persediaan Untuk Menemui Yang Esa???? 
Tepuk Dada, Tanyalah Iman...

Sunday, February 26, 2012

BUKALAH PINTU HATIMU...



❤Bukalah Pintu Hatimu❤

Seorang mukmin memiliki hati yang besar... 
Jika Allah menghendaki, 
maka Dia membuatnya lebih luas dari langit dan bumi.
 Jika Allah menghendaki,
 maka Dia dapat membuatnya lebih sempit daripada lubang jarum.

Jika engkau punya kemahuan, engkau dapat membuka pintu hatimu untuk keimanan, kecintaan, persahabatan dan kesetiaan. 
Jika engkau mahu, maka engkau dapat menutupinya daripada kebencian,kemarahan dan penghindaran. 

Namun, jika anda adalah seorang yang suka membesar-besarkan satu kesalahan, melihat sisi kosong, menyaksikan duri daripada sekuntum mawar yang indah maka tidak diragukan lagi, anda memiliki hati yang zalim dan sakit.

(Assalamu'alaikum, Selamat datang Kebahagiaan, Dr. 'Aidh al-Qarni)

Saturday, February 25, 2012

25 FEBRUARI 2012 - MAJLIS TILAWAH AL QURAN ( MTQ ) PERINGKAT ZON NUSAJAYA / SKUDAI


25 FEBRUARI 2012 - MTQ ZON NUSAJAYA/SKUDAI
MASA : 7.30 PAGI - 2.00 TENGAHARI
TEMPAT : SMK SRI SKUDAI

Alhamdulillah... 
SMK Taman Universiti berjaya memenangi 6 acara dari 7 acara 
yang dipertandingkan iaitu : 
1. Nasyid - JOHAN
2. Hafazan ( Lelaki ) - JOHAN
3. Hafazan ( Perempuan ) - JOHAN
4. Tilawah ( Lelaki ) - JOHAN
5. Tilawah ( Perempuan ) - JOHAN
6. Syarahan ( Lelaki ) - JOHAN

Tahniah kepada peserta yang berjaya... bagi yang kurang bernasib baik... cuba lagi di tahun hadapan... Apa yang utama kamu semua telah mencuba sedayanya...
Tahniah sekali lagi ... Jangan lupa syukur ke hadratNYA...

Terima Kasih dan Tahniah kepada Ustazah Hjh Rahmah yang membimbing kesemua peserta... Semoga diganjari Allah dengan ganjaran rahmat dan redhaNYA sepanjang umur kehidupan beliau dan keluarga... Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan hati berhadapan dengan mehnah perangai "individu tersebut" yang kurang adabnya... InsyaAllah , ujian itu adalah hikmah Allah ingin meninggikan darjat hambaNYA...

Terima Kasih kepada Zayyan kerana banyak membantu membimbing dan mengurus peserta,,, Semoga Allah ganjari dengan rezeki yang luas 
serta di permudahkan jalan hidup di dunia dan akhirat...

Terima Kasih Pn. Kamariah Taha Guru Media 
dan AJK PA Sistem yang membantu PA Sistem Acara Nasyid ... 
Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...

Terima kasih juga kepada semua guru pengiring dan guru yang membantu 
secara langsung maupun tidak langsung... 

Terima kasih atas sokongan dan doa...

Semoga anak didik ini menjadi insan soleh/ah cemerlang hidupnya di dunia jua di akhirat sana... Amin
















 















 PARA PEMENANG SEKOLAH KAMI









Doa Asma'ul Husna:
****************
Ya Latif
Yang Maha Lembut
Ya Allah, Ya Latif Tuhan Yang Maha Lembut,
Engkau lembutkanlah hati-hati kami,
Lembutkanlah hati anak-anak kami,
Lembutkanlah hati jiran-jiran kami, 
Lembutkanlah hati orang-orang yang 
sentiasa memandang rendah kepada kami
dan Engkau lembutkanlah hati orang-orang disekeliling kami
agar mereka sentiasa berlaku lembut kepada kami.
Aamin Ya Rabbal Alamin.


Semoga kekuatan ini terus kuat 
dan tidak dilemahkan oleh mereka 
yang tidak suka nampak kami kuat!!
Ya Allah.. kurniakan kekuatan untuk kami...


KLIK : BERADABLAH....

KLIK : Mengimbau Kenangan - 26 MAC 2011 - MTQ PERINGKAT ZON NUSAJAYA/SKUDAI TAHUN 2011